Categories: Berita Lain

Susut 10kg berkayuh ke Makkah

Suliman menadah tangan syukur dapat menyambut Aidilfitri di Tanah Suci.



Makkah: 1 Syawal kelmarin, genap dua bulan lapan hari saya bermusafir dari bumi Malaysia ke Makkah. Alhamdulillah, doa serta impian saya untuk berpuasa penuh sebulan Ramadan dan mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan tercapai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ternyata, perancangan Allah itu begitu hebat di sebalik kejadian kayuhan saya tersekat di Gwadar, Pakistan kerana disyaki pengganas. Saya bersyukur diberi peluang menjadi tetamu Allah di bulan Ramadan lalu.


Buat sementara waktu, kayuhan ke Arab Saudi ditangguhkan, lalu saya mengambil kesempatan ini dengan berehat dan mengumpul semula tenaga serta menaikkan berat badan saya yang menurun 10 kilogram sepanjang misi kayuhan ini.


Saya mengambil peluang ini dengan bersolat, beriftar serta bertarawih dan bertahajud di Masjidil Haram. Sempat juga menunaikan hajat doa keluarga, saudara- mara dan rakan taulan yang mengirimkannya melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB).


Pengalaman berpuasa pada pertengahan Ramadan 2011, mendorong saya sekali lagi berpuasa, sekali gus beraya buat pertama kali di Tanah Suci. Suasana sungguh meriah pada malam raya seolah-olah meraikan kemenangan melawan hawa nafsu.


Seawal jam 12.30 tengah malam, jemaah berpusu-pusu memasuki Masjidil Haram hingga jam menunjukkan 3.24 pagi, laluan masuk pintu King Abdul Aziz dan King Fahd ditutup. Waktu subuh di sini tepat jam 4.10 pagi dan solat sunat Aidilfitri seawal jam 6 pagi.


Suasana raya di sini berbeza kerana tiada program ziarah dan juadah makan minum. Selepas solat, jemaah mengikut haluan masing-masing, ada mengerjakan tawaf, membaca al-Quran, bersolat sunat dan ramai juga mengambil peluang bergambar di hadapan Kaabah sejurus susutnya jemaah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam tinjauan saya, petugas melakukan post mortem di pekarangan Masjidil Haram. Kecekapan pihak berkuasa dan petugas Masjidil Haram dipuji kerana bukan mudah untuk menangani jemaah dianggarkan sekitar dua juta orang pada satu-satu masa ini.


Alhamdulilah saya berbangga apabila sebut saja nama Malaysia, rata-rata petugas serta pihak berkuasa menghormati dan mereka juga kerap menyebut nama Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad.


Buat pertama kali dalam hidup, saya menyambut Aidilfitri keseorangan berjauhan dengan keluarga di Malaysia. Untuk melepaskan kerinduan dan menghilangkan sebak di dada, saya membuat panggilan video dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.


Alhamdulillah, terubat juga kerinduan kepada yang tersayang seolah-olah saya berada di samping mereka.


Hanya roti pita keju sebagai juadah pengganti biskut raya kegemaran saya semperit.


Insya-Allah, saya akan berada di Makkah hingga 23 Jun ini dan selepas itu, menguruskan visa haji sebelum dibenarkan meneruskan misi kayuhan.


Doakan urusan saya terus berjalan lancar.


-my metro

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago