Categories: Berita Lain

Najib Minta Guan Eng Henti Kenyataan Salah Fakta TRXC



SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana membuat kenyataan yang salah mengenai TRX City Sdn Bhd (TRXC).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata, pengambilalihan TRXC oleh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc) untuk jumlah nominal RM1 berkuat kuasa 31 Mac, 2017, merupakan langkah utama dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang lebih luas.


TRXC adalah pemilik projek tanah dan projek Bandaraya Tun Razak Exchange (TRX) seluas 70 ekar.


Najib berkata, selepas mengambil alih kedua-dua aset utama itu, MOF Inc mengambil alih liabiliti 1MDB tertentu dari 1 April, 2017, sebagai balasan untuk pemindahan aset.


“Tentunya tidak boleh dipanggil jaminan jika wang itu digunakan untuk menjana keuntungan?” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau menambah, ketika Guan Eng sedang cuba melumpuhkan komitmen Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.7 bilion bagi projek TRX dan Bandar Malaysia, beliau gagal menonjolkan nilai aset tanah yang signifikan yang terkandung dalam kedua-dua projek dan khususnya projek Bandar Malaysia.


“Jika dirancang dengan betul, dipasarkan dan dibangunkan, tanah Bandar Malaysia boleh mencecah nilai RM30 bilion,” katanya.


Najib berkata, tidak ada wang dari TRXC yang disalahgunakan oleh 1MDB, kira-kira RM3 bilion pinjaman antara syarikat dibuat dari semasa ke semasa oleh TRXC kepada 1MDB.


Beliau berkata, semua pinjaman antara syarikat itu telah dibayar balik oleh 1MDB berkuatkuasa 31 Mac 2017, melalui gabungan bayaran tunai terhadap dividen yang dibayar oleh TRXC kepada 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Pembayaran balik ini dilakukan dengan kelulusan MOF Inc dan telah dikaji dan ditandatangani dengan betul oleh juruaudit TRXC pada 31 Mac, 2017 seperti ternyata dalam penyata kewangan.


Beliau berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak tepat seolah-olah ada dendam politik terhadapnya dan kerajaan Barisan Nasional.


“Bukan sahaja tidak profesional, ia melambatkan pelaburan, menjejaskan nilai mata wang, bon dan dan pasaran saham,” katanaya.


Guan Eng berkata, lebih daripada RM3 bilion dana kerajaan disalahgunakan dari projek TRX untuk membayar hutang 1MDB.


-sinar harian

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago