Categories: Berita Lain

Tetak rakan, jadikan guru tebusan



ANGKARA dendam, lelaki bertindak menetak rakannya sebelum menjadikan warga emas yang juga guru perubatan tradisionalnya sebagai tebusan di sebuah rumah di Taman Kami C, Aulong, di Taiping, hari ini.


Malah, suspek berusia 33 tahun turut cuba membunuh diri dengan mencederakan bahagian belakang kepala dan menusuk dada dan perutnya menggunakan pisau dan parang selepas membebaskan tebusan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu yang berlaku di sebuah rumah yang dijadikan tokong dan lokasi perubatan tradisional, pada 4.06 pagi.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki sedang mengacukan sebilah parang pada leher seorang lelaki warga emas berumur 70 tahun di dalam bilik utama rumah terbabit yang berkunci.


Katanya, sebelum pihak polis tiba, seorang lelaki warga Singapura berusia 23 tahun telah dihantar ke Hospital Taiping berikutan kecederaan teruk akibat ditetak suspek.


Beliau berkata, suspek dipercayai berdendam dengan mangsa berusia 23 tahun itu kerana sebelum ini mereka pernah bertengkar dan warga Singapura itu ada menunjukkan isyarat lucah kepadanya sehingga suspek berdendam sampai sekarang.


“Polis cuba berunding dengan suspek bagi memujuknya melepaskan tebusan dan tidak mencederakan warga emas yang juga pengamal perubatan tradisonal itu.


“Tiada respons diterima daripada suspek sehinggalah pada jam 8.30 pagi, suspek melepaskan tebusan tanpa sebarang kecederaan dan kembali mengunci pintu bilik itu dan menahannya dengan almari kayu,” katanya dalam satu kenyataan.


Mohamad berkata, kira-kira 10 minit kemudian, pihak polis bertindak merempuh pintu bilik terbabit berikutan suspek mula mencederakan diri dengan parang dan pisau di dalam tandas bilik berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, polis kemudian menahan suspek yang mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala dan kesan tusukan di dada dan perut.


“Siasatan awal mendapati motif suspek bertindak sedemikian adalah disebabkan dendam dengan warga Singapura itu selain suspek juga mengalami masalah mental.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 309,326,342 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago