Categories: Berita Lain

Anwar dicadang jadi Presiden PKR



GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan parti kali ini.


Katanya, beliau percayai semua anggota PKR akan memberi sokongan penuh kepada Anwar jika bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu bertanding sebagai presiden parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya rasa yang terbaik bertanding sebagai presiden PKR pada pemilihan yang dijadual berlangsung pada Ogos dan September ini ialah Datuk Seri Anwar kerana ini masanya untuk beliau kembali aktif dalam parti dan politik serta  menjadi presiden dan seterusnya perdana menteri ke-8,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.


Pada masa ini PKR diterajui oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar.


Selepas pembebasan pertama Anwar daripada penjara, Kongres PKR pada 2007 bersetuju melantik beliau sebagai ketua umum namun terikat larangan aktif dalam politik selama lima tahun kerana dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan.


Bagaimanapun untuk pemenjaraan kali kedua, beliau mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agung yang membolehkannya aktif berpolitik serta-merta.


Sementara itu, Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang berkata pemilihan parti kali ini juga sangat penting bagi PKR untuk meletakkan kedudukannya sebagai sebuah parti yang memerintah iaitu parti kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, pemimpin PKR juga perlu pastikan dan sediakan parti itu untuk ke depan terutamanya dalam mengharungi suasana politik negara ketika ini.


“Saya belum ambil apa-apa keputusan lagi untuk bertanding mana-mana jawatan dan tarikh akhir untuk penamaan calon (bagi bertanding) ialah 29 Julai ini…cuma saya lihat pemilihan kali ini adalah penting untuk PKR meletakkan parti itu sebagai sebuah parti yang ke depan,” katanya. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago