Categories: Berita Lain

Peguam Negara dapat tepukan gemuruh berucap dalam bahasa Melayu



PETALING JAYA: Selepas terpalit dengan kontroversi berkaitan isu penggunaan bahasa Melayu, Peguam Negara Tommy Thomas pada Khamis menerima tepukan gemuruh apabila berjaya membuktikan bahawa beliau boleh bertutur bahasa kebangsaan itu dengan baik.


Video Tommy menyampaikan ucapan tersebut pada majlis rumah terbuka hari raya Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) di Putrajaya tular di laman sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Tetamu yang hadir pada majlis itu terus memberikan tepukan sebaik sahaja Tommy merakamkan ucapan alu-aluan: “Salam sejahtera dan selamat tengah hari.”


Kata Tommy, majlis tersebut merupakan platform terbaik bagi pegawai daripada Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk beramah mesra.


“Saya sendiri akan memberikan komitmen untuk mengukuhkan usaha persatuan dalam memperjuangkan kebajikan dan isu perundangan negara.


“Saya berharap hubungan erat antara para pegawai dapat dikuatkan lagi kerana semangat setia kawan sebegini akan membawa manfaat kepada semua,” kata Tommy yang sekali lagi diberikan tepukan oleh tetamu selepas melihat kesungguhan beliau menggunakan bahasa Melayu.


Klip video yang menunjukkan Tommy menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.


Pada 4 Julai lalu, Tommy terpaksa membatalkan sidang media yang sepatutnya diadakan selepas perbicaraan pertama kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mengunakan bahasa Inggeris di dalam mahkamah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement



Petisyen secara dalam talian turut dilancarkan bagi menggesa Yang di-Pertuan Agong memecat Tommy kerana kelemahannya bertutur dalam bahasa Melayu.


Petisyen di change.org yang dimulakan oleh Fyizuddin Jaafar pada 4 Julai itu memperoleh lebih 5,515 tandatangan ketika laporan ini ditulis.


Ironinya, kenyataan dalam petisyen itu juga terdapat beberapa kesilapan tatabahasa dan ejaan.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

8 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago