Categories: Berita Lain

‘Ellie, kau terlebih minum ketum ke?’

Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyelar
sikap Ellie Suriaty Omar yang disifatkannya kerap bermain sandiwara kerana
tidak dapat menerima kekalahan parti pilihannya, BN.
Bagi Chef Wan, Ellie tidak serik-serik tampil dengan teori
sendiri dan terbaru mendakwa pembentukan kerajaan sekarang berlaku ekoran
rakyat negara ini mempercayai fitnah-fitnah ditabur Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payahlah main
drama dan sandiwara macam kau tu Ellie.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tinggal dalam dunia yang mengamalkan demokrasi,
seperti dalam mana-mana pertandingan pun ada yang menang dan ada yang kalah.
“Hanya penakut tidak boleh menerima yang mereka ini sudah
tewas dan masing-masing tak habis-habis menyalak tak sudah, apa hal?” katanya
dalam Instagram.
Kata Chef Wan, pengundi yang menolak BN pada pilihan raya
umum (PRU) ke-14 yang lalu pasti mengikuti dan memahami perkembangan situasi
politik dalam negara.
Jelasnya, rakyat mengundi berdasarkan fakta, angka dan
melihat bagaimana pencapaian kerajaan terdahulu yang terbabit pelbagai skandal.
“Nak lampu suluh ke untuk lihat semua ini? Dia ingat kita
tak ada kerja lain melayan fitnah itu dan ini macam mereka.
“Kami hanya menggunakan akal fikiran, kebebasan dan
kejujuran, malangnya kamu tidak ada itu Ellie!” katanya.



Tambahnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,
rakyat Malaysia keluar secara bebas membuang undi pada PRU ke-14 9 Mei lalu.
“Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yang
masing-masing yang mengundi dengan bebas tanpa was-was atau pun di dalam
ketakutan?” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kata Chef Wan lagi, rakyat seharusnya bersedia untuk memberi
peluang kepada HARAPAN dalam mentadbir negara selama tempoh lima tahun ini.
Katanya, kerajaan sudah pun ditubuhkan malah rakyat Malaysia
tidak berjanji untuk memberikan hak memerintah pada mana-mana parti buat
selama-lamanya.
“Dia lupa kepada kuasa majoriti yang mengundi atau dia bodoh
dan sombong? Nak berjuang balik tunggulah pilihan raya seterusnya dan sementara
itu belajar la dari kesilapan sendiri masing-masing untuk menebus balik
kepercayaan rakyat negara ini.
“Adakah jelas dia ni meroyan sejak kebelakangan ini? Kau
terminum air ketum lebih ke? Belum pun empat tahun mereka memerintah kau dah
burukkan mereka! Kau tu siapa? Kau ado?” katanya. – Malaysiakini


Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago