Categories: Berita Lain

Remaja perempuan maki polis ditahan

Roslan meninjau kesemua penunggang yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tambun, semalam. (Gambar bawah) Roslan menunjukkan kereta milik PDRM kemek di bahagian pintu selepas dilanggar oleh seorang remaja yang cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya.



IPOH – Padah memaki polis, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat dalam Op samseng Jalanan di Jalan Tambun di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, remaja yang bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai runcit menjerit ke arah polis selepas ditahan bersama 250 penunggang termasuk sembilan remaja perempuan lain.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, remaja terbabit ditahan bersama teman lelakinya berusia 18 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, pihaknya turut menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang bertindak merempuh kenderaan MPV polis dalam operasi itu.


“Pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Tasek di sini, hanya mengalami cedera ringan namun, kereta PDRM kemek di bahagian kanan pemandu.


“Remaja terbabit menunggang secara melulu selepas panik apabila dia tidak memiliki lesen memandu” katanya.


Seramai 10 remaja perempuan ditahan bersama 240 lelaki selepas terlibat dalam kegiatan samseng jalanan di Jalan Tambun, semalam. (Gambar bawah) Kesemua 250 penunggang motosikal menuntun motosikal masing-masing sejauh lima kilometer ke di Unit Penguatkuasa Trafik, Jalan Chamberlain untuk siasatan lanjut.



Mohd Ali berkata, operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu melibatkan tiga pegawai dan 32 anggota diketuai oleh Ketua Bahagian dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Roslan Mohamed @Ab Aziz.


Katanya, sebanyak 250 individu berusia 14 hingga 33 tahun ditahan dan memeriksa 274 kenderaan. polis telah mengeluarkan 421 saman atas pelbagai kesalahan.


“Kita telah membuat 27 tangkapan apabila 12 daripadanya didapati menunggang secara merbahaya dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Selain itu, 13 lelaki ditahan selepas positif dadah jenis tetra hydrocannabinol (THC) dan methampetamine. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Mohd Ali berkata, seorang lelaki turut ditahan bersama motosikal curi telah disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Operasi berakhir kira-kira jam 5.30 pagi.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

10 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago