Categories: Berita Lain

Jho Low pengecut, kata Guan Eng



BANGI – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan pendirian Ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho Low yang enggan menyerah diri sebagai satu tindakan yang pengecut.


Setiausaha Agung DAP itu berkata, sekiranya Jho Low merasakan dirinya tidak bersalah dia tidak seharusnya melarikan diri dan terus bersembunyi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Komen pengecut, jika rasa tak salah, berdepanlah, tak perlu lari bersembunyi.


“Dulu dia (Jho Low) berani sebab ada orang besar di belakang (melindunginya)…kita tahu siapa.


“Tapi bila dah tak ada, lari. Kena berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya ketika ditemui media di pusat penamaan calon Dun Balakong di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di sini, hari ini.


Semalam, ahli perniagaan yang terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata dia tidak akan menyerah diri kerana katanya tidak akan diadili secara adil ditengah-tengah “perbicaraan oleh media”.


“Saya tidak akan menyerah diri kepada mana-mana kuasa di mana kesalahan telah ditentukan lebih awal oleh politik dan kepentingan diri mengatasi proses undang-undang,”katanya memetik laporan FMT


yang dikeluarkan firma perhubungan awam yang berpangkalan di Sydney, Australia.


Kenyataan itu adalah serangan terbaharu ahli perniagaan itu terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas serahan kapal Equanimity.


Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa ia dibeli Low menggunakan wang yang dicuri daripada  1MDB.


Laporan WSJ, memetik sumber yang tidak dinamakan dari Singapura dan Malaysia sebagai berkata China mungkin melindungi Low, ditulis oleh antaranya, Tom Wright dan Bradley Hope, yang terlibat dengan pendedahan tentang 1MDB yang diterbitkan WSJ pada 2015.


Jho Low dipercayai merujuk kepada buku baharu oleh mereka, “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang menumpukan pada peranan Jho Low dalam hal 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Jho Low sekali lagi berkata beliau menjadi mangsa “perbicaraan oleh media”, dengan laporan berdasarkan “kebocoran daripada pendakwa dan pegawai kerajaan yang tidak berminat dengan kebenaran”.


“Sebelum apa-apa bukti dibentangkan di mana-mana mahkamah, termasuk di Amerika Syarikat, wartawan ini telah menghukum, menyokong rejim Dr Mahathir yang telah membuktikan ia betul-betul tidak pedulikan apa-apa yang menyerupai proses undang-undang yang adil,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago