Categories: Berita Lain

Jamal mohon AG tarik balik pertuduhan, lepaskan macam Guan Eng

Jamal Md Yunos – Foto Berita Harian

PUTRAJAYA – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri
Jamal Md Yunos memuji sikap pemurah Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).
Ini berikutan sejak Pakatan Harapan berjaya mentadbir
kerajaan, banyak kes yang telah dikemukakan terhadap beberapa individu seperti
bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Menteri Kewangan, Datuk Jamal Md
Yunos digugurkan dan ditarik balik, lapor Sinar Harian hari ini.
Justeru katanya, beliau mengambil kesempatan sikap itu agar
Thomas menyemak dan menarik balik pertuduhan dikemukakan kepadanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hari ini saya mengambil kesempatan atas pemurah peguam
negara untuk beliau juga menarik juga kes- kes yang sedang saya hadapi,”
katanya.
Menurutnya, orang ramai juga diseru agar tidak melepaskan
kemarahan terhadap Thomas kerana sikap tersebut.
“Jangan marah kepada AG. AG ini cukup baik hati berbanding
dengan sebelum ini semua jahat- jahat,” katanya.
Beliau berkata, mana-mana pihak termasuk bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berhadapan dengan kes mahkamah
diminta menulis surat rasmi atau menghantar representasi kepada peguam negara.
“Yang marah di sebelah sana itu kerana mereka tidak
memohon. Jadi kalau tidak mohon macam mana AG nak lepaskan,” katanya
sambil tersenyum.
Jamal berkata, tindakan Thomas juga membantu mengurangkan
kesesakan banduan di dalam penjara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kuranglah orang masuk penjara. Perbelanjaan kerajaan
pun jimat maklumlah negara dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan dan
sebagainya,” katanya.
Terdahulu, Jamal tiba di pekarangan bangunan Jabatan Peguam
Negara jam 2.45 ditemani peguamnya, Datuk Imran Tamrin.
Beliau kemudiannya meluangkan masa selama lima minit dengan
pegawai Thomas untuk menyerahkan surat permohonan tarik balik tiga pertuduhan
yang sedang dihadapinya.
“Saya ada tiga kes sedang berjalan di mahkamah dan dua
lagi akan didakwa dalam masa terdekat manakala 25 kes sedang disiasat,”
katanya.


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago