Categories: Berita Lain

Tok Pa isytihar keluar UMNO

Mustapa Mohamed – Foto: FMT

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa
Mohamed mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat dalam parti
itu.
Mustapa berkata keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada
masa kini tidak selari dengan perjuangannya.
“Pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada
masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya
selama ini, lapor Berita Harian.
“Tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses
rejuvenasi parti sudah bermula.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selepas bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya
mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO selepas lebih 40
tahun berkhidmat untuk parti ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini,
hari ini.
Dengan keputusan itu, Mustapa secara automatik menjadi Ahli
Parlimen Bebas.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu
turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan berpandangan usaha
ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.
“Tidak ada tanda bahawa majoriti rakyat berbilang
bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Mustapa berkata UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak
boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata
untuk terus relevan.
Katanya, UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif,
sederhana dan berhaluan tengah.
“UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera
dan Islam, namun tanpa sesekali mengetepikan kepentingan kaum dan agama lain.
“Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam
kerangka negara Malaysia yang majmuk,” katanya.
Mustapa turut berpandangan sudah tiba masanya semua pihak
tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi
kepentingan rakyat.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

14 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago