Categories: Berita Lain

Anak Najib tidak dapat bayangkan kesusahan bapanya bermalam di lokap SPRM


SHAH ALAM – Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdoa agar bapanya diberi layanan yang adil.

Menerusi perkongsian dalam Instagram peribadinya, Mohd Ashman Najib berkata, dia tidak dapat membayangkan kesusahan bapanya yang ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

“Saya duduk di luar tempat penahanan anda (Najib), dengan penuh kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan apa kesusahan yang daddy hadapi di sana.

“(Cuma) berdoa daddy diberi layanan yang adil dan undang-undang Malaysia ditegakkan. Tidak sabar untuk membawa daddy ke tempat yong tau foo kegemaran bila dilepaskan,” katanya hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Najib sekali lagi terpaksa bermalam di lokap SPRM di Putrajaya bagi menghadapi pendakwaan terbaru terhadapnya esok.

Beliau sebelum itu ditahan jam 4.13 petang selepas sejam hadir di ibu pejabat SPRM hari
Pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan kemasukan dana RM 2.6 bilion dijangka dikemukakan terhadap Najib petang esok.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago