Categories: Berita Lain

Selepas 29 tahun, Nazir Razak akan letak jawatan pengerusi CIMB

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak hari ini mengumumkan akan meletakkan
jawatan sebagai pengerusi dan semua jawatan lain dalam Kumpulan CIMB
berkuatkuasa pada 31 Disember 2018.
Nazir telah berkhidmat di CIMB selama 29 tahun sejak 1989,
termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan
Pengerusi Kumpulan sejak 2014, lapor portal Malaysiakini.
Nazir yang juga adik kepada bekas perdana menteri, Datuk
Seri Najib Razak berkata keputusannya dibuat untuk melengkapkan pelan
penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika T18 semakin hampir tamat, CIMB kini kukuh dari segi
kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi.
“Kami mempunyai pasukan pengurusan cemerlang diterajui
oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan barisan pemimpin hadapan di belakangnya.
Kejayaan berterusan firma ini selepas pemergian saya akan mengesahkan lagi
bahawa misi saya di CIMB telah benar-benar terlaksana,” katanya di laman sosial
Instagram.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
CIMB dalam kenyataannya berkata akan menggerakkan rancangan
penggantian bagi memutuskan pengerusi seterusnya.


Sementara itu memetik Astro Awani, Zafrul yang juga Ketua Kumpulan Eksekutif
Kumpulan CIMB menyifatkan Nazir sebagai seorang mentor yang hebat serta seorang
kawan yang sangat berharga.
“Kejayaan kami hari ini adalah asas kepada visi beliau yang
mengutamakan penciptaan nilai bagi semua pihak berkepentingan dan demi
kelestarian perniagaan Kumpulan,” katanya.
Pengganti Nazir akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam beberapa minggu akan datang, keutamaan beliau adalah
memastikan T18 disempurnakan, memuktamadkan rangka kerja strategik baharu CIMB
serta melancarkan penyerahan tugas kepada Pengerusi baharu nanti.
Di bawah kepimpinan beliau, CIMB telah berkembang daripada
sebuah francais kewangan korporat menjadi sebuah bank pelaburan terkemuka di
Malaysia, dan seterusnya di ASEAN.
Kumpulan CIMB telah disenaraikan pada 2003 dengan aset RM9.6
bilion dan permodalan pasaran sebanyak RM1.5 bilion.
Pada 30 Jun 2018, aset Kumpulan berada pada RM515 bilion dan
permodalan pasaran semasa RM58 bilion.
Kumpulan itu telah disenaraikan pada tahun 2003 dengan aset
RM9.6 bilion dan permodalan pasaran sebanyak RM1.5 bilion. Pada 30 Jun 2018,
aset Kumpulan berjumlah RM515 bilion, dan permodalan pasaran semasa ialah RM58
bilion. – Malaysian Update


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago