Categories: Berita Lain

Rosmah akan menghadap SPRM sekali lagi esok


Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diminta menghadap SPRM untuk disoal siasat.
Sepucuk surat meminta Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya disampaikan kepadanya oleh pegawai suruhanjaya pencegahan rasuah itu petang tadi, lapor The Star Online.
Memetik sumber, laporan itu berkata Rosmah perlu datang pada jam 10 pagi esok.
Beliau sebelum ini dipanggil SPRM untuk diambil keterangan pada 5 Jun lalu berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Menurut laporan Malaysiakini, semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu telah menyiapkan siasatan terhadap Rosmah dan telah menyerahkan kerta siasatan ke Pejabat Peguam Negara.
Pada 18 September lalu, New Straits Times melaporkan Rosmah mungkin menghadapi 20 pertuduhan jenayah tidak lama lagi.
Ini termasuklah tuduhan membeli “produk antipenuaan berasaskan hormon dari Amerika Syarikat bernilai kira-kira RM1 juta” dengan menggunakan danan dari SRC International Sdn Bhd.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

15 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago