Categories: Berita Lain

Jho Low tak putus asa hantar mesej – Daim


Perbincangan mengenai projek Landasan Keretapi Pantai Timur
(ECRL) masih berjalan dengan Malaysia dan China memerlukan sedikit masa menangani
isu tersebut, kata bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.
Menurutnya, negara ini sedang meneliti banyak pilihan untuk
mengendalikan projek RM80 bilion berkenaan, yang beliau sebutkan sebagai isu
“sensitif” agar tidak mengecewakan syarikat China.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Berikan saya sedikit masa dan kita akan dapat
menangani isu ini,” kata bekas menteri kewangan tersebut sambil menambah
bahawa pihak China telah menemuinya minggu lepas mengenai isu itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Siri Persidangan
Affin Hwang Capital 2018 hari ini.
Daim, yang dilantik sebagai wakil khas perdana menteri untuk
mengendalikan projek ECRL telah pergi ke China pada Ogos untuk membantu
menyelesaikan isu tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Projek ECRL pertama kali diluluskan oleh kerajaan sebelum
ini pada 21 Oktober 2016 dan Perjanjian Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan
Pentauliahan telah ditandatangani dengan China Communication Construction
Company pada 1 November 2016.
Bagaimanapun, kerajaan baharu telah membatalkan projek itu
kerana dikatakan terlalu mahal dan tidak praktikal dari segi ekonomi.
Sementara itu, dalam ucaptama sebelumnya, Daim berkata,
walaupun di sebalik tuduhan pembangkang mengenai belanjawan ‘potong dan
tampal’, beliau percaya Belanjawan 2019 mempunyai tumpuan dan strategi yang
tepat untuk mencapai Malaysia baru.
“Tadbir urus dan disiplin fiskal akan menjadi peraturan
baru hari ini.
“Belanjawan 2019 juga mempunyai beberapa langkah untuk
meningkatkan pendapatan boleh guna semua rakyat Malaysia, terutama kumpulan
B40.
“Adalah penting dalam usaha kita ke arah negara yang
bebas dan makmur, tiada sesiapa yang ketinggalan. Kita semua tahu bahawa tiada
sesiapa yang memilih untuk menjadi miskin dan mereka yang memerlukan bantuan
mesti dibantu,” katanya.
Ditanya mengenai ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low,
beliau berkata: “Jho Low tidak berputus asa dan terus menghantar mesej
kepada saya. Kami membuka saluran kami untuknya.”
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

19 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago