Categories: Berita Lain

Utusan: Najib arah keluar maklumat Jho Low dalam laporan audit 1MDB yang disediakan Ketua Audit Negara

Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa tahu kes 1MDB dan
pelik cuma seakan mengakui ditipu Jho Low sahaja. – Foto Jinwei Foundation/New
Straits Times
Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa mengarahkan laporan asal
1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh Ketua Audit Negara
semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda.
Utusan Malaysia melaporkan menurut sumber, pindaan itu
difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas Perdana Menteri
itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber berkenaan mendakwa, pindaan itu difahamkan dibuat
dalam satu mesyuarat di pejabat Perdana Menteri bersama Ambrin yang dikatakan
turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli
Ahmad dan Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Mohd.
Salleh.
Utusan diberitahu Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Dr.
Madinah Mohamad telah membentangkan laporan asal 1MDB tersebut kepada
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Madinah dijangka akan membentangkan laporan asal itu kepada
Kabinet dalam masa terdekat dan seterusnya dalam prosiding siasatan 1MDB oleh
PAC pada awal bulan depan.
Sumber itu memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa
Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan
campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.
Sehubungan itu, sumber Utusan tersebut mendakwa, adalah
pelik jika bekas Perdana Menteri dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam
hanya mengakui ditipu oleh Jho Low berdasarkan perkembangan terbaharu yang
berlaku sekarang.
Pada 30 Oktober lalu, Ambrin yang kini mempengerusikan
jawatankuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan bagaimanapun
menafikan pindaan dibuat terhadap laporan asal 1MDB yang disediakan oleh
beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Penafian itu dibuat susulan kenyataan Timbalan Pengerusi PAC,
Wong Kah Poh yang mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah
dipinda atas arahan individu tertentu.
Kah Poh semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu mendakwa
pindaan telah dibuat semasa kerajaan terdahulu, dan menurutnya beberapa agensi
termasuk SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ untuk
menyiasat isu berkenaan ketika itu.
PAC dijadualkan memanggil Ambrin dalam prosiding siasatan
1MDB tetapi kemudian ditangguhkan. Prosiding itu dijadualkan semula pada 4, 5
dan 6 Disember ini setelah PAC mendapatkan nasihat Peguam Negara.
Pada 2016, laporan audit yang dilakukan terhadap 1MDB telah
diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Status rahsia laporan itu dibatalkan pada 15 Mei lalu,
selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

9 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago