Categories: Berita Lain

Prestasi menteri Amanah hanya 40 peratus?



KUALA LUMPUR – Penganalisis politik berpendapat setelah enam bulan mentadbir Putrajaya, menteri daripada Amanah tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, berkata berdasarkan perkembangan semasa menteri daripada parti itu hanya boleh diberi gred purata.


Menteri Amanah lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40 peratus, dengan Datuk Seri Dr Dzulkifley terbaik antara lima.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement

“Terbaik kerana beliau menjawab di Parlimen dengan baik dan substantif. yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu ulasnya, seorang menteri Amanah, semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).”

Kata Agus, soalan asal daripada ahli Parlimen Pembangkang berbelit-belit dijawabnya.

“Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa. Berterusan retorik.

“Seorang menteri lagi, suka bercakap. Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya.  Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Polisi baharu tidak ada. Klise sahaja,” katanya.

“Sebab terjadi begini kerana menteri tidak cekap dan pegawai serta penasihatnya pun sama. Maka, beginilah jadinya.

“Tiga lagi menteri saya belum mahu komen,” jelasnya.
Justeru katanya, jika begini sikap menteri Amanah, sekiranya Perdana Menteri nantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau harap agar diganti sahajalah menteri sebegini.

“Saya fikir dahulunya menteri Umno sahaja yang terperangkap dengan gejala sindrom penafian, tetapi gejala ‘syok sendiri’ ini berjangkit juga kepada pemimpin Amanah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sekiranya
Amanah mahu terus ‘survive’, parti itu perlu bertapak kukuh di Kelantan dan Terengganu.

“Malangnya, saya perhatikan  Amanah di dua negeri ini seperti hidup segan mati tak mahu. Jika begini senarionya, selepas PRU15 nanti, semakin hilanglah Amanah dari radar peta politik negara,” katanya.

Amanah membariskan sembilan pimpinan tertinggi untuk menjawat jawatan  menteri dan timbalan menteri dibawah barisan kabinet PH yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya Mohamad Sabu menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan;Timbalan Presidennya Datuk Seri Salahuddin Ayub dilantik Menteri Pertanian;  Pengarah Stategiknya Dr Dzulkefly Ahmad menjawat jawatan Menteri Kesihatan; Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad menjawat  sebagai Menteri Wilayah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Sementara itu,  Ahli Parlimen Temerloh yang juga Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya;  Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar menjawat jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia;  Ahli Parlimen Lumut yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Mohd Hatta Md Ramli menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan; Ahli Parlimen Sepang yang juga Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Mohamed Hanipa Maidin menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang).

Pada PRU14 lalu, Amanah telah bertanding 22 kerusi Parlimen yang mana 11 kerusi Parlimen berjaya dimenangi parti itu setelah dua tahun ditubuhkan dan menyertai gabungan dalam Pakatan Harapan untuk berhadapan dengan BN dan Pas.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

19 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago