Categories: Berita Lain

Guan Eng dedah peribadi Mat Sabu

Guan Eng ditemui ketika Majlis Pelancaran buku Siapa itu Mohamad Sabu di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan sisi peribadi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang bersama- sama berjuang di dalam arena politik negara.

Menyifatkan Mohamad berjiwa rakyat, Guan Eng berkata, Presiden Amanah itu beberapa kali menolak penganugerahan gelaran Datuk daripada TYT Pulau Pinang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Beliau (Mohamad) cakap jangan beri (anugerahkan) kerana tidak biasa dengan gelaran itu,” katanya.
Menurutnya, beliau mengenali rapat dengan figura itu ketika bersama-sama ditahan di Pusat Tahanan Kamunting, Perak.

“Di dalam tahanan banyak masa, jadi kita bercerita mengenai perjuangan, harapan dan impian,”katanya.
Beliau berkata, apa yang dibincangkan di dalam tahanan itu akhirnya menjadi realiti.

“Selepas berjuang, akhirnya kami berjaya menjadi Kerajaan dan bersama- sama berada di dalam kabinet,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran buku Siapa itu Mohamad Sabu di sini hari ini.

Turut hadir Mohamad dan isterinya, Normah Alwi dan Pengarah Dimensi Harapan Resources, Datuk Seri Megat D Shahriman serta beberapa pegawai tinggi kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Buku setebal 124 muka surat itu ditulis Mohamad Ismail dan diterbitkan oleh Dimensi Harapan Resources.

Sebanyak 10,000 naskhah dicetak pada edisi pertama dan boleh didapati di kedai buku pada harga RM29.90.

-sinar harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago