Categories: Berita Lain

Saya tertekan, terpaksa pinjam nak tampung belanja, kata Najib


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hari ini beliau
terpaksa meminjam wang bagi menampung perbelanjaan dan duit ikat jamin.
“Memang. Itu memang sesuatu saya tak dapat bayangkan,
memang tertekan dan terpaksa pinjam dari pihak tertentu untuk tampung
perbelanjaan atau ikat jamin begitu besar

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Banyak masa naik turun mahkamah tapi apakan daya itu
sudah dilakukan oleh pihak tertentu. Kita akan teruskan pembelaan saya seberapa
yang mampu. Mudah-mudahan kita dapat tentukan kebenaran,” katanya pada
temu bual dalam talian yang disiarkan Nothing to Hide Media yang
dilakukan oleh Mohd Puad Zarkashi, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini telah ditutup.
Najib dituduh menyelewengkan berbilion ringgit daripada
syarikat pelaburan kerajaan 1MDB ketika menjadi perdana menteri dan menghadapi
banyak tuduhan jenayah membabitkan kes itu, yang dinyatakan Jabatan Keadilan
(DOJ) AS sebagai kes kleptokrasi terbesarnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Najib menafikan sebarang salah laku, berkata peguamnya yakin
dapat menang.
Walau bagaimanapun, beliau berkata ini bergantung kepada
perbicaraan yang adil dan sama ada para hakim yang mendengar kesnya menghadapi
tekanan dari kerajaan atau tidak.
Menurut laporan Malaysiakini lagi, Najib juga mengulas isu salah urus kewangan yang membabitkan
Lembaga Tabung Haji, mendakwa ia bukan kes rasuah.
“Mual bila dilontarkan isu ini. Pada fikiran rakyat
mungkin ada wang yang hilang ke disonglap,” jelas bekas perdana menteri.

Beliau bertegas aset Tabung Haji lebih banyak daripada
liabilitinya.
“Maknanya tiada kesalahan… tiada salah dari segi
peraturan cuma sama ada hibah tinggi patut dibayar atau tidak. Itu persoalannya.
“Tapi kalau dapat dividen deposit yang untung. Duit itu
tak ke mana,” katanya.
Audit daripada PriceWaterhouseCoopers mendapati Tabung Haji
telah mengubah akaunnya untuk menyembunyikan defisitnya supaya dapat
membenarkan bayaran dividen kepada pendeposit.

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

22 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago