Categories: Berita Lain

Tindakan Azmin mempertikai lantikan dibuat oleh Anwar sebagai tidak wajar



SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin tidak sewajarnya mempertikaikan secara terbuka pelantikan kepimpinan parti yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Salah seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lantikan, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sebaliknya Mohamed Azmin perlu menggunakan kedudukannya untuk berbincang dahulu dengan Anwar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Siapa-siapa saja boleh keluar kenyataan, namun sebagai Timbalan Presiden beliau ada ruang untuk berbincang dengan Presiden. Tetapi beliau keluar kenyataan dalam masa singkat selepas pengumuman lantikan.


“Jadi saya rasa itu tidak berapa wajar, sepatutnya beliau bincang dulu dan kemudian rujuk kepada MPP. Jika selepas itu ada persetujuan bersama, barulah boleh buat perubahan,” katanya kepada Sinar Harian.


Sebelum ini, Mohamed Azmin dalam satu kenyataan mempertikaikan pelantikan beberapa jawatan utama kepemimpinan parti seperti diumumkan Anwar yang disifatkan membelakangkan pandangan akar umbi.


Susulan itu, Anwar menasihatkan Mohamed Azmin agar menggunakan saluran yang betul untuk membangkitkan isu dalaman parti.


Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, semua orang perlu berlapang dada menerima pelantikan oleh Presiden.


“Setelah habis kongres dan pemilihan parti, tiba masa untuk kita ‘move on’. Lagipun lantikan dibuat setelah mengadakan perbincangan.


“Kalau fikir tak puas hati sampai bila pun takkan habis. Jadi, kita kena ada sikap untuk terima lantikan Presiden itu dan kemudian bekerjasama untuk bangunkan parti dan tolong ahli-ahli,” katanya.


Berkenaan lantikannya sebagai ahli MPP, beliau menganggapnya sebagai ruang baharu untuk melaksanakan tanggungjawab dalam parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sejujurnya saya tak kisah kalau tak dilantik. Sebelum ini saya Ketua Penerangan PKR, tetapi tidak dipilih semula.


“Tetapi saya tidak kisah kerana masih boleh bantu Ketua Penerangan yang baharu. Yang penting ialah bagaimana kita boleh tolong untuk bantu rakyat dan parti,” katanya.


-sinar harian

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago