Categories: Berita Lain

Hal berkaitan jalan raya, Najib sifatkan kerajaan PH tidak adil



SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan tindakan kerajaan PH yang mahu kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung menggunakan dana sendiri sebagai tidak adil.


Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan melaksanakan perkara itu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kerajaan PH kini mahu kerajaan-kerajaan negeri menanggung kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung menggunakan dana sendiri tahun ini.


“Ini tidak adil untuk kerajaan-kerajaan negeri terutama untuk negeri-negeri yang bukan di bawah PH seperti Sarawak.


“Nama pun jalan persekutuan,” katanya di Facebook hari ini.


Status terbaru bekas pemimpin nombor satu negara itu dibuat bagi mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian, bahawa kerajaan negeri mungkin diminta menanggung sendiri kos pembinaan dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan kampung berikutan belanjawan nasional yang terhad.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Najib turut memberitahu kerajaan persekutuan di bawah BN sebelum ini telah bersetuju dan meluluskan pembiayaan sepenuhnya pembinaan Jambatan Rambungan dan Jambatan Batang Igan.


Manakala pembinaan Jambatan Batang Lupar dibiayai secara 50-50 antara negeri Sarawak dan persekutuan.


“Kini, kerajaan PH tidak mahu membayar untuk ketiga-tiga jambatan itu dan kerajaan Sarawak terpaksa membiayai kos pembinaan penuh.


“Mengapa perlu bertindak zalim kepada Sarawak?. Negeri-negeri yang bukan di bawah PH pun membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan cukai-cukai persekutuan yang lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Duti eksais kereta dan cukai jalan setiap tahun pun dikutip oleh kerajaan persekutuan PH,” katanya.


Jelasnya lagi, PH harus mematuhi perlembagaan persekutuan dan bersikap adil kepada semua kerajaan negeri.


-sinar harian

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago