Categories: Berita Lain

Semasa BN buat perbandingan harga minyak dulu dikecam, sekarang?



SHAH ALAM – Pengusaha stesen minyak di negara ini dikatakan ‘dipaksa’ memaparkan perbandingan harga bahan api di negara-negara Asean, di premis perniagaan masing-masing.


Ia susulan gambar sepucuk surat yang dimuat naik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Surat bertarikh hari ini itu dihantar Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz kepada pengusaha stesen minyak di bawah Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengenai arahan tersebut.


Turut dimuat naik adalah gambar yang memaparkan harga petrol dan diesel seliter bagi negara-negara Asean, antaranya Singapura, Laos, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.


Khairy Jamaluddin berkata, ketika BN membuat perbandingan harga sebelum ini, ramai yang mengecam dan mengatakan ia tidak relevan membandingkan dengan tempat lain.


“Sekarang, semua stesen minyak dipaksa untuk memaparkan harga petrol di negara-negara Asean.


“Cuma saya tak pasti bila Brunei dikeluarkan dari Asean. Ke sengaja tak nak tunjuk harga petrol kat (di) Brunei?,” soalnya.


Menerusi perbandingan harga bahan api yang dipaparkan di Facebook bekas Ketua Pemuda Umno itu, harga petrol dan diesel di Malaysia lebih rendah berbanding negara Asean lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kerajaan mengguna pakai Mekanisme Harga Automatik (APM) secara mingguan sejak awal bulan ini.


Berkuat kuasa tengah malam ini hingga 18 Januari ini, harga petron RON97 dan RON95 turun 1 sen seliter, masing-masing menjadi RM2.22 dan RM1.92, manakala harga diesel pula naik 1 sen seliter kepada RM2.05.


-sinar harian

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago