Categories: Berita Lain

Rakyat Malaysia semakin berani dalam usaha tangani isu rasuah



LAXENBURG – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jumlah kes-kes rasuah yang dilaporkan di Malaysia meningkat sejak kebelakangan ini selepas kerajaan PH menampilkan dasar dan usaha keras bagi menangani gejala itu.


Perdana Menteri berkata orang ramai dan pemberi maklumat tidak lagi takut untuk melaporkan kes-kes rasuah memandangkan kerajaan kini lebih terbuka dalam menangani kes-kes sedemikian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Apabila kita tanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka kata jumlah kes-kes yang dilaporkan meningkat tiba-tiba, namun kes-kes ini bukan berlaku dalam kerajaan sekarang, tapi semasa kerajaan terdahulu,” katanya semasa menyampaikan syarahan bertajuk “Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif di International Anti-Corruption Academy (IACA) di sini hari ini.


Beliau berkata kini orang ramai merasakan lebih bebas untuk memberikan maklumat mengenai sebarang perlakuan rasuah, dan perlindungan turut diberikan kepada mereka di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Merujuk kepada rasuah, beliau berkata ia dikategorikan kepada dua peringkat; yakni diberi secara terbuka dan ‘di bawah meja’.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata sekiranya amalan rasuah di sesebuah negara itu dilakukan secara terbuka, ia akan menimbulkan masalah, kerana orang ramai akan menawarkan rasuah secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan daripada pegawai-pegawai kerajaan, dan ia akan menjadi suatu amalan yang ‘biasa’ dalam kalangan masyarakat.


“Apabila sesebuah negara itu di peringkat rasuah diberikan ‘di bawah meja’, ia bermakna masih ada harapan untuk memerangi rasuah, kerana orang ramai tidak menawarkan rasuah, sebaliknya dipaksa berbuat demikian,” tambahnya.


Dr Mahathir berkata adalah mustahil untuk menghapuskan rasuah sekiranya sesebuah negara itu mengamalkan rasuah secara terbuka.


Katanya kerajaan sedang melakukan segala yang termampu bagi mengurangkan gejala rasuah, sekalipun tidak dapat menghapuskan kesemuanya.


Beliau berkata tiada sesiapa yang boleh terkecuali daripada undang-undang, dan undang-undang semata-mata tidak cukup untuk memerangi rasuah.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Dr Mahathir berkata sesetengah negara merekodkan kes-kes rasuah yang minima, di mana rakyatnya menentang rasuah, dan perkara ini seharusnya dipupuk dari usia muda lagi.


Katanya antara usaha yang diambil kerajaan bagi memerangi rasuah adalah menetapkan bahawa semua menteri kabinet, termasuk berliau sendiri perlu mengisytiharkan aset kepada SPRM.


– Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

15 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago