Categories: Berita Lain

Pas dan UMNO sifatkan Pelan Anti Rasuah yang dilancarkan sebagai pelan yang baik



PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan menyifatkan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan hari ini sebagai satu pelan yang baik sejajar usaha memerangi budaya rasuah dengan memastikan gejala itu dapat dibendung dan sekaligus dihapuskan.


Beliau, yang kini menjalankan tugas presiden parti itu, turut menyatakan sokongan terhadap pelan yang dianggap amat wajar dilaksanakan untuk bangsa dan negara dan jika ia tidak ditangani dari peringkat awal, jenayah rasuah boleh menghancurkan sesebuah tamadun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Mengambil contoh tamadun dan empayar besar masa lepas yang kuat, beliau berkata tamadun itu akhirnya runtuh disebabkan amalan rasuah.


“Kita tidak boleh menunggu lama lagi dan perasaan benci rasuah ini mesti ditanam sebagai budaya di dalam hati dan minda rakyat. Ini bukan hanya melibatkan undang-undang tetapi perlu ada kesedaran dari dalam diri kita sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran NACP oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.


Pelan yang dibangunkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan itu dilaksanakan berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama.


Ia mengandungi 115 inisiatif anti rasuah melibatkan sektor iaitu politik; perolehan awam; penguatkuasaan undang-undang; pentadbiran sektor awam; perundangan dan kehakiman; serta tadbir urus korporat.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyokong usaha NACP berkata membendung dan mencegah gejala rasuah adalah tanggungjawab bersama semua rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Usaha ini menjadi tanggungjawab bersama semua pihak berkaitan,” katanya.


Abdul Hadi dalam catatan dalam laman Facebook beliau pula berkata, Pas sentiasa menjunjung tinggi nilai integriti dan ketelusan dalam negara, serta terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menjadikan Malaysia bersih daripada rasuah.


Pada majlis itu, Mohamad dan Abdul Hadi masing-masing menerima buku NACP daripada Dr Mahathir. 


– Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago