Categories: Berita Lain

Tukar #MaluApaBossku kepada #TolonglahMaluBossku – Khairuddin

Foto oleh FMT

DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya berasa malu dan insaf dengan perbuatannya satu masa dahulu yang menyalahgunakan kuasa
dengan rakus sehingga ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
lepas.
Najib kini seolah-olah tidak mempunyai rasa bersalah dan malu langsung apabila dilihat kepada sikap dan langkah yang dilakukannya akhir-akhir ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kadang kala saya amat hairan dengan Najib yang sedikit pun tidak mempunyai perasaan bersalah dan malu di atas
segala pengkhianatannya kepada bangsa serta negara.

“Kini,
Najib seolah-olah seperti ‘kulit kerbau’ muka yang
tidak tahu malu, kelihatan tidak mempunyai moral diri dan kelihatan
seolah-olah kagum dengan sikap ‘perompak’ nya itu”, tulis
Khairuddin lagi.
“Sesungguhnya, perbuatan rakus Najib dalam kesalahan
mentadbir kerajaan dan rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama
sekali kerana kesan kerosakan ekonomi negara dapat dirasai sehingga kini dan
kemungkinannya untuk beberapa tahun lagi.
“Sebanyak 32 juta rakyat malaysia terpaksa memikul
kesan buruk itu kini dan apakah kita boleh gembira dengan situasi yang
memeritkan ini selain melupakan begitu sahaja kesalahannya kerana dia kini
kerap bersama rakyat?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagi saya Najib bertanggungjawab merosakkan keadaan
negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jadi kempen ‘Malu Apa Bossku’
yang dicanangnya di sana sini harus segera ditukar kepada ‘Tolonglah Malu
Bossku’,” kata Khairuddin lagi yang juga penyelaras Parlimen Jasin menerusi Facebook miliknya.

Sebelum ini Najib kerap menyindir Pakatan Harapan (PH)
dengan catatan di laman Facebooknya dengan yang terbarunya mempersoalkan tindakan anggota PH yang membuat laporan polis ke atasnya kerana tindakan swafotonya di Langkawi, Najib turut seolah-olah menyindir dengan bertanya di mana beliau boleh memohon permit untuk berswafoto.

“Hutang negara buat pertama kalinya dalam sejarah negara
melebihi paras rm1 trilion lebih!.

“Bagi saya; secara sengaja Najib bertanggungjawab merosakkan kesejahteraan negara kita baik dalam bidang
ekonomi, politik mahupun sosial,” tegas Khairuddin.

Advertisement
Apa yang dilakukan Najib adalah tindakan
dirancang dan terancang yang mensasarkan golongan muda.
“Anak-anak muda yang tidak peka dengan kesan serta
bahana ini diminta tidak mempermainkan langkah Najib kerana ia bukan soal yang
boleh dibuat jenaka.

“Keseluruhan rakyat di tanahair kita kini terpaksa memikul
bebanan hutang negara yang cukup berat melebihi rm1trilion.

“Perbuatan Najib sebelum ini memerlukan masa yang
panjang untuk dibaiki kerajaan masa kini. PH kini sedang cuba meletakkan semula
asas ekonomi di landasan asal kemakmuran negara seperti yang pernah kita
kecapi,” katanya lagi.
Tambah Khairuddin lagi, segelintir anak muda yang beria-ia cuba
menegakkan ‘benang yang basah’ harus bertanya Najib mengapa tiada tindakan
dikenakan ketika laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) di buat ke atasnya jika perkara itu benar-benar tidak berasas.

“Kami
mempunyai bukti sahih rekod pengaliran masuk dan keluar duit Najib Razak.
“Pada tahun 2014 serta 2015 ketika saya membuat laporan
polis, SPRM serta kepada enam pihak penguatkuasa undang-undang di Singapura,
Hong Kong, Perancis, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat ke atas
Najib.
“Namun, biarlah undang-undang membuktikannya
perbicaraan ke atas Najib yang akan bermula dalam sedikit masa lagi.
“Beliau
kemungkinannya mampu menipu dan memperbodohkan segelintir rakyat tetapi
yakinilah Najib sama sekali tidak akan mampu menipu
mahupun memperbodohkan Allah swt Yang Maha Mengetahui.

“Pengkhianatan Najib kepada bangsa, agama serta negara tidak boleh
dimaafkan sama sekali.

“Jadi, tolonglah tukar kempen ‘Apa Nak DiMalukan Bos ku’
dengan slogan ‘Tolonglah Malu Bos ku’.”

Khairuddin berkata slogan
ini lebih tepat untuk menyuntik perasaan insaf dan malu kepada bekas perdana menteri itu. – Malaysian Update

Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago