Categories: Berita Lain

Forensik: 4 tulang rusuk Adib patah



Seorang pakar perubatan forensik memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini bahawa tulang rusuk keempat dan kelima Muhammad Adib Mohd Kassim yang patah telah menusuk ke dalam paru-paru sebelah kanan anggota bomba berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, dari Hospital Kuala Lumpur berkata dapatan itu diperolehnya selepas melakukan pemeriksaan dalaman dada anggota bomba berkenaan pada 1 pagi, 18 Dis tahun lepas.
“(Kami) jalankan pemeriksaan dalaman dada si mati. Tulang sternum tak patah, tulang rusuk kanan kedua hingga kelima patah pada hadapan dan sisi.
“Tulang rusuk ketiga patah pada tiga tempat dan tulang rusuk keempat patah dua tempat,” kata saksi ke-24 itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali Hamdan Hamzah pada prosiding inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis tahun lepas di Institut Jantung Negara (IJN).
Dalam prosiding itu yang memasuki hari ke-16, saksi berkata pemeriksaan luaran pihaknya ke atas jasad Muhammad Adib yang ketinggian 175cm dan berat 83 kilogram kelihatan mempunyai sfera mata kekuningan.
Beliau juga berkata otak mangsa berwarna kehijauan disebabkan sejenis ubat yang diberikan kepadanya ketika dirawat di IJN.
“Ia adalah disebabkan ubat Methylene Blue. Otak si mati kehijauan akibat tindak balas ubat Methylene Blue,” katanya.
Prosiding bersambung 2.30 petang.
Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

18 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago