Categories: Berita Lain

Pulih ekonomi negara, kerajaan tidak main silap mata

foto oleh Bernama



SANDAKAN – Kerajaan PH tidak bermain silap mata untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa singkat berikutan menanggung hutang yang tinggi diwarisi daripada kerajaan BN.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan PH memerlukan sedikit masa untuk merancang bagi mengurangkan bebanan hutang selama puluhan tahun di bawah kerajaan terdahulu dan memulihkan ekonomi negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Bebanan hutang oleh kerajaan BN tidak diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya pada ceramah umum DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di sini malam ini.


Hadir sama, calon DAP PRK Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang.


Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, berkata, negara dirompak oleh kerajaan lama sehingga menanggung hutang sebanyak RM150 bilion termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Akibat skandal dan kepentingan peribadi pemimpin kerajaan sebelum ini menyebabkan negara sakit.


“Kita usaha kurangkan hutang ini. Beri kami masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan ekonomi negara ke landasan betul dan bangkit sebagai Harimau Asia,” katanya.


Namun begitu, beliau berkata beban hutang itu tidak menghalang kerajaan meneruskan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.


Dalam pada itu, Guan Eng membidas parti lawan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menggunakan modal menghentam peribadinya untuk kempen di PRK Sandakan.


“Mereka tiada modal lain. Apa yang saya tidak cakap pun hentam saya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Justeru, kita kena tolak parti lawan (PBS) yang merupakan saki baki kerajaan lama yang gagal menentang rasuah di Sabah dan persekutuan,” tegasnya.


Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah PH memastikan sistem penyampaian projek pembangunan yang dilaksanakan bukan cakap kosong sahaja. – Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago