Categories: Berita Lain

Perpecahan dapat dielak jika ikut ajaran islam yang sebenar – Tun M

foto sumbet internet



BANGI – Perpecahan dalam masyarakat boleh dielak jika ajaran agama difahami dan diamalkan dalam erti kata sebenar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata dalam masyarakat Islam sendiri, perkara yang dilarang agama itu masih terjadi disebabkan Islam digunakan atas kepentingan politik dan peribadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ini antara sebab berlakunya perpecahan masyarakat dalam negara, sedangkan jika mengikuti dan mengamalkan Islam yang diajar Imam As-Shafie, perkara ini tentunya tidak terjadi.


“Namun, hari ini, dalam kita bercakap tentang Islam kita masih melakukan perkara yang salah dari sisi masyarakat dan agama,” katanya ketika berucap pada majlis iftar Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bersama Perdana Menteri di sini hari ini.


Hadir sama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor. Dr Mahathir berkata memahami larangan yang diajar Islam dan mengamalkan apa yang diajari penting bagi memastikan orang Islam dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat, khususnya yang bukan Islam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata antara sifat sebenar orang Islam ialah adil, bertanggungjawab dan boleh dipercayai yang apabila sifat-sifat itu diterjemahkan dalam kehidupan seharian akan mengundang keyakinan orang untuk bekerjasama dengan orang Islam.


Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa masyarakat di negara ini perlu bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikecapi sekaligus membolehkan mereka mengamalkan ajaran agama tanpa sebarang kebimbangan.


“Berbanding negara Islam lain, kita di sini diberikan keamanan yang baik dan boleh melakukan ibadah, aktiviti beragama seperti berpuasa dan mengadakan majlis berbuka puasa tanpa bimbang diserang oleh mana-mana pihak,” katanya.


Mengenai Perkim, Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua pertubuhan itu, mengingatkan anggotanya agar melakukan kerja-kerja dakwah berpandukan ajaran Islam yang sebenar.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Beliau berkata setiap ayat Al-Quran yang digunakan ketika berdakwah perlu disertai perlakuan yang menggambarkan ketinggian dan kebaikan Islam, yang boleh menjadi paksi menarik golongan sasar menerima agama suci itu.


“Sebab itu perlu faham ajaran dan larangan yang diajar Islam dan jika perlakuan kita sama seperti diajar agama Islam, saya yakin tanpa penjelasan yang mendalam pun, orang lain akan menerima Islam,” katanya. -Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

24 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago