Categories: Berita Lain

Ahli PPBM jangan kecewa jika tiada jawatan kerajaan, kata Dr Mahathir

Foto oleh Bernama

PUTRAJAYA — Pemimpin dan anggota Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu akur bahawa tiada jaminan untuk mereka mengisi
jawatan tertinggi dalam institusi kerajaan serta mendapat nikmat dan ganjaran
setelah menjadi kerajaan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata walaupun mungkin ada antara mereka
yang berputih mata atau kecewa namun itulah pengorbanan yang mereka perlu
lakukan walaupun telah berhempas pulas membawa kemenangan kepada Bersatu dan
Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini adalah sesuatu yang menyedihkan kita, tetapi ingatlah
ini janji kita.
“Kerajaan tak boleh guna kuasa untuk beri kekayaan atau
tempat tertentu kepada penyokong atau pemimpin mereka,” katanya ketika berucap
pada majlis berbuka puasa Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC), di sini hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ketua sayap Srikandi dan
Armada Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dr Mahathir berkata walaupun mereka tidak mendapat sesuatu
daripada parti namun sebagai rakyat, mereka akan mendapat nikmat daripada
negara yang ditadbir dengan baik hasil pengorbanan yang mereka berikan untuk
memberi kejayaan kepada parti.
“Percayalah kita akan dapat sesuatu sama ada kita akan dapat
peluang pekerjaan, peluang perniagaan, anak dapat biasiswa belajar keluar
negara dan keadaan dalam negara sempuna dibekal dengan elektrik dan air yang
mencukupi, dengan jalan yang baik, keretapi laju dan sebagainya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Bersatu akan terus
mendapat sokongan daripada rakyat jika kekal bersih dari segala larangan.
“Untuk meyakinkan rakyat bahawa parti berpegang kepada
janji, kita terpaksa berkorban apa sahaja kerana tiada tempat bagi kita dalam kerajaan yang
kita wujudkan melalui tindakan dan kerja kuat kita,” katanya.
Menempelak parti yang dikalahkan pada PRU14 lepas, Dr
Mahathir berkata apabila mendapat kuasa, mereka menyalahgunakannya tanpa had
termasuk mencuri harta kerajaan dan rakyat.
“Tetapi mereka percaya kalau mereka guna wang itu untuk
tawan hati rakyat maka mereka akan tetap kekal sebagai kerajaan bagi negara
kita,” katanya.
Dr Mahathir berkata Bersatu adalah sebuah parti yang
berkorban untuk bangsa dan negara, maka anggotanya akan menahan diri daripada
membuat perkara yang akan memburukkan imej negara.
Beliau berkata hasil pengorbanan parti itu adalah menebus
kembali negara yang sebelum ini digelar sebagai negara kleptokrasi.
“Hasil yang diterima kerana kita berjuang dalam parti yang
miskin dan tidak dapat hulur wang, tetapi masih mencapai kemenangan cemerlang
pada Pilihanraya Umum ke-14 lepas,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kemenangan cemerlang PH
di Sandakan adalah hasil sokongan padu parti di Sabah termasuk Parti Warisan
Sabah (Warisan) walaupun tidak ramai yang keluar mengundi.
Beliau berkata kemenangan itu adalah kerana rakyat sedar PH
adalah parti yang baik dengan pemimpinnya sanggup berkorban tanpa mengharap
sesuatu.
“Rakyat lebih utamakan dan pandang tinggi kepada parti yang
dianggotai pemimpin yang sanggup berkorban untuk bangsa, agama dan tanah air,”
katanya. — Bernama

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

34 mins ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago