Categories: Berita Lain

Runtuhan konkrit : sepasang suami isteri ditemui mati berpelukan

foto oleh Firdaus Latif



KUALA LUMPUR, 23 Mei — Sepasang suami isteri ditemukan mati dalam keadaan berpelukan di bawah runtuhan konkrit sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Stesen LRT Putra Terminal Gombak, di sini, awal hari ini.  


Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Alias, 36, dan Ima, 40, dipercayai dihempap kerangka besi yang runtuh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata mayat kedua-dua mereka yang merupakan buruh binaan ditemui pukul 1.10 petang iaitu kira-kira 40 meter dari lokasi tiga rakan mereka yang terselamat.


“Kehilangan mangsa disedari rakan sekerja yang memaklumkan beliau gagal menghubungi pasangan suami isteri itu sejak kejadian.


“Apabila pemeriksaan dilakukan, pihak bomba menemui kedua-dua mangsa yang tersepit di celah runtuhan konkrit dan kerangka besi dan proses mengeluarkan mangsa agak sukar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira 2 petang dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.


Katanya kesemua buruh binaan telah diarah untuk mengosongkan rumah kongsi di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan dilakukan. 


“Pegawai keselamatan di tapak pembinaan telah dimaklumkan untuk menutup rumah kongsi di tapak pembinaan ini,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan yang struktur bangunan yang lemah merupakan antara faktor runtuhan itu berlaku. 


“Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Dalam kejadian runtuhan itu, tiga buruh binaan terselamat. Dua warga Indonesia berjaya diselamatkan awal pagi tadi manakala seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang tersepit dalam runtuhan itu berjaya dikeluarkan enam jam kemudian. — Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago