Categories: Berita Lain

Tiket balik Tawau ribuan ringgit, menteri Sabah tagih janji Loke



TAWAU, 24 Mei — Isu harga tiket penerbangan ke Sabah yang mahal, khususnya daripada Kuala Lumpur ke Tawau, akan disuarakan kepada menteri yang bertanggungjawab, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.


Mohamaddin yang juga Anggota Parlimen Silam itu berkata perkara itu bukan di bawah bidang kuasanya, namun akan membawanya ke pengetahuan jemaah menteri, selain Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, untuk tindakan lanjut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perkara ini saya kira selesai sebelum ini, apabila beberapa bulan lalu, menteri (Anthony) sudah memberitahu bahawa harga tiket penerbangan tidak akan naik, malahan kapasiti penerbangan akan ditambah.
“Jadi saya harap (kepada) Kementerian Pengangkutan, harga (tiket penerbangan) tidak akan naik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis iftar dan pemberian sumbangan kepada 150 asnaf di sini, semalam.
Baru-baru ini, harga tiket penerbangan domestik dan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit, menjadi bualan hangat di media sosial.
Rata-rata penduduk Sabah melahirkan rasa tidak puas hati, terhadap harga penerbangan yang ditawarkan hampir setiap hari itu kepada pengguna, dan mengibaratkan harga berkenaan seperti perjalanan mahu ke luar negara.
Sementara itu, dalam perkara berasingan, Mohamaddin berkata sebanyak RM300,000 peruntukan daripada Parlimen Silam akan disalurkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri Kunak, bagi pelaksanaan projek-projek kecil.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, projek-projek kecil itu termasuk membaik pulih jalan, serta jambatan kampung.
“RM300,000 akan disalurkan, terpulang kepada wakil rakyat Kunak serta pemimpin masyarakat untuk menggunakan peruntukan ini sebaik mungkin, dengan melaksanakan projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mohamaddin berkata dia akan sentiasa mencari masa, ruang dan peluang untuk menyantuni penduduk di seluruh kawasan Parlimen Silam, dan Sabah amnya. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago