Categories: Berita Lain

Tidak pernah mimpi untuk jadi MB – Osman Sapian

foto sumber internet.



Sepanjang berkecimpung dalam bidang politik selama 44 tahun, Osman Sapian tidak pernah mengimpikan bahawa satu hari nanti beliau akan menjadi Menteri Besar Johor.


Beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas selama tiga penggal ketika memegang tiket Barisan Nasional (BN) dari tahun 1999 sehingga awal 2013.


Dan setelah meninggalkan Umno dan bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan pada Pilhanraya Umum ke-14 yang lepas, Osman membuat kejutan apabila dilantik sebagai Menteri Besar berikutan kekalahan Kerajaan BN di negeri kubu kuat Umno itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kepimpinan Osman, 67, di Johor bagaimanapun hanya bertahan selama 11 bulan apabila beliau meletakkan jawatan pada 8 Mac lepas.


“Pada PRU 14, saya masa itu tak nak pun bertanding walaupun masa tu saya memegang jawatan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri,” kata beliau dalam satu temubual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, baru-baru ini.


Menghargai, terpulanglah


“(Ketika itu), saya nak pastikan supaya Pakatan Harapan dapat memenangi kerusi dan kalau boleh, dapat menukar kerajaan di peringkat negeri dan di peringkat persekutuan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Tetapi, pada ketika itu, kita parti baharu dan kekurangan pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman serta sedikit sebanyak ada pengaruhlah, jadi saya diminta supaya memilih kerusi-kerusi untuk saya bertanding,” kata beliau.


Hasratnya pada ketika itu, kalau PH menang di peringkat persekutuan, terpulanglah pada pucuk pimpinan nak letakkannya di mana.


“Setidak-tidaknya memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), saya terimalah ataupun nak jadi konsul general ke, sebagai kata orang tu menghargai… terpulanglah,” tambah Osman.


Pada zaman mudanya, beliau mengidamkan jawatan seperti konsul atau konsul-jeneral Malaysia di luar negara kerana minatnya dalam mengeratkan hubungan dua hala.


“Walaupun saya pernah menjadi Adun selama tiga penggal semasa bersama Umno dahulu, saya tidak pernah mimpikan jawatan menteri besar. Malah saya pun tidak pernah memegang jawatan exco kerajaan negeri pada masa itu,” katanya.


Beliau menjelaskan setelah menyertai Bersatu, beliau banyak menumpukan sepenuh usaha menggerakkan parti di akar umbi bagi menghadapi PRU14.


“Bukannya mudah parti yang baharu ditubuhkan yang tiada sumber kewangan yang kukuh dengan segala kekurangan, tetapi akhirnya gabungan parti-parti di bawah PH berjaya menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di kubu kuat Umno ini,” katanya.


Cabaran berterusan buatnya apabila dia mengepalai barisan exco yang belum mempunyai pengalaman dalam kerajaan negeri.


Hutang lapuk jutaan ringgit


“Kebanyakan exco tiada pengalaman, yang ada pengalaman jadi wakil rakyat tapi daripada pembangkang dan tidak pernah menjadi wakil rakyat kerajaan. Jadi, nak betulkan mereka dengan tiada pengalaman agak susah,” kata beliau yang pernah memegang beberapa jawatan dalam GLC Johor.


“Jadi saya kena laksanakan tugas… macam mana beri ilmu pada mereka ini supaya mereka lebih memahami… it is a brand new government,” tambah Osman.


Meskipun digelar MB Johor paling singkat mentadbir, beliau telahpun melakar sejarah negeri Johor, selain berupaya mencapai banyak kejayaan dalam masa 11 bulan pemerintahannya.


Sebagai MB, Osman telah melakukan sebaik mungkin untuk pembangunan negeri Johor dan kesejahteraan rakyatnya di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negeri melalui pelbagai perancangan dengan sokongan dan kerjasama pentadbiran awam negeri.


Antaranya melaksanakan 10 janji 100 hari Pakatan Harapan Johor dan meneruskan inisiatif itu, merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk Johor (Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030).


Selain itu, beliau bertanggungjawab dalam melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri kepada persekutuan sebanyak RM187 juta atau 57 peratus daripada jumlah keseluruhan.


“Dalam masa 100 hari, saya dapat laksanakan manifesto PH. Saya juga buat lawatan, bawa Exco-exco ke daerah-daerah jumpa Pegawai Daerah supaya mereka semua ada perhubungan yang rapat dan memudahkan kerja mereka… selain itu, dekat sebulan lebih, saya memikirkan hala tuju untuk PH di Johor.


“Dalam pada itu, kerja-kerja yang bertimbun ditinggalkan oleh kerajaan sebelum tu (harus diselesaikan). 


“Selama setahun mereka tidak masuk pejabat sebab sibuk berkempen, saya terpaksa menguruskan.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Pelbagai fail misalnya yang setahun tak diuruskan… orang nak ubah syarat, nak tukar nama, beli tanah, beli rumah… selama 17 bulan kerja (bertimbun),” kata Osman.


Ditanya mengenai perletakan jawatannya pada 8 April itu, bekas Menteri Besar itu berkata, beliau mengambil tempoh seminggu sebelum membuat keputusan melepaskan jawatan itu.


Meskipun enggan menyatakan secara khusus sebab musabab yang membawa kepada keputusannya itu, Osman berkata: “Itulah langkah terbaik, jika tidak ia akan menjejaskan lagi nama saya secara peribadi dan situasi politik di Johor.”


Sambil berterima kasih kerana diberi peluang menduduki “kerusi panas” itu, Adun Kempas turut menasihati penggantinya Dr Sahruddin Jamal agar menjalankan tugas sebaiknya.


– Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago