Categories: Berita Lain

Walau dikritik, Akmal Nasir teruskan majlis berbuka puasa di kuil



JOHOR BARU, 28 Mei — Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan rancangannya berbuka puasa di Gurdwara Sahib di sini, biarpun setelah dikritik dan dibantah ramai pihak.


Akmal dilihat tiba di Majlis Iftar Muhibbah itu pada pukul 6.46 petang dan disambut oleh  Presiden Gurdwara Sahib Johor Bahru, Manjit Singh Rakmu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Selain masyarakat Sikh, majlis itu turut disertai  kira-kira 250 komuniti dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan jemaah Masjid India Muslim Johor Bahru yang kemudian duduk di 30 buah meja panjang yang disediakan untuk berbuka.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Naib Presiden MACMA, Mohd. Shaiful Choo dan Timbalan Pengerusi Masjid India Muslim Johor Bahru, Muhyidin Hamid.
Ditemui pemberita dalam program itu, Akmal berkata pihaknya sedar majlis tersebut mendapat kecaman hebat di media sosial namun tetap memilih untuk meneruskannya kerana menyifatkan tujuan penganjurannya adalah baik dan positif.
“Bagi saya, ini adalah sekadar langkah kecil untuk kita saling memahami dan menghormati sesama sendiri terutama sekali apabila polemik perkauman sering dimainkan oleh pihak tertentu.
“…dan ini mungkin juga adalah cabaran besar kepada mana-mana pihak yang mahu mengangkat pemahaman atau pun sikap saling hormat menghormati antara budaya dan komuniti yang berbeza,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Awal hari ini, Akmal dikritik hebat oleh netizen di laman sosial susulan jemputan untuk majlis itu ditularkan oleh pemilik akaun Facebook bernama “OpsJohor”.
Antara yang lantang mengecam ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Mohd Hairi Mad Shah yang menyifatkan tindakan itu seakan menunjukkan Akmal tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.
Bagaimanapun, dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Akmal mempertahankan langkahnya itu dengan menyenaraikan  beberapa alasan termasuk menyatakan ini bukanlah kali pertama dirinya berbuka puasa di sebuah gurdwara.
Selain itu, beliau menegaskan telah merujuk perkara terbabit kepada mereka yang pernah menghadapi situasi sama. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago