Categories: Berita Lain

Rosmah tidak sihat, pendengaran rayuan ditangguh

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes rasuah yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, dengan kehadirannya.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata berdasarkan Aturan 74(2) Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994, perayu mesti menghadiri pendengaran rayuannya.

Loading…



“Beliau juga telah melahirkan hasrat untuk hadir, tetapi niatnya terhalang kerana keadaan kesihatannya,” kata Abdul Rahman yang mendengar kes itu bersama Hakim Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.


Abdul Rahman berkata laporan perubatan yang ditandatangani Datuk Dr Syed Abdul Latiff AlSagoff dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri menyatakan perayu (Rosmah) dinasihatkan untuk berehat di atas katil dan mengelakkan duduk terlalu lama sehingga simptomnya reda.


“Berdasarkan laporan perubatan dan hasratnya untuk hadir mendengar rayuan ini, kami terpaksa membenarkan hasrat perayu bagi penangguhan pendengaran ini, bagaimanapun menetapkan tarikh paling awal,” katanya.



Selepas membincangkan tarikh yang sesuai, Mahkamah kemudian menetapkan 20 Jun untuk mendengar rayuan itu.


Rosmah, 67, mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mac 2019, yang membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan rasuah meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes solar itu yang membabitkan Rosmah dan bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Rizal Mansor, dibicarakan bersama dan menetapkan 32 hari untuk perbicaraan bermula 3 Feb tahun depan sehingga April 30.


Terdahulu peguam Rosmah, Jagjit Singh memberitahu mahkamah anak guamnya mendapat cuti sakit dan memohon mahkamah menangguhkan rayuan itu kerana berdasarkan undang-undang perayu mesti hadir mendengar rayuannya.

Advertisement



Jagjit yang dibantu peguam Datuk Akberdin Abdul Kader semalam berkata Rosmah mendapat pengecualian daripada menghadiri kesnya di Mahkamah Tinggi kerana sedang menjalani cuti sakit.


“Kami (pihak pembelaan) hanya meminta penangguhan singkat. Perayu berhasrat untuk menghadiri prosiding rayuannya,” katanya.


Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan berkata pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perkara itu kerana kehadiran perayu adalah tidak perlu kerana prosiding semalam, hanyalah berkenaan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi berhubung perkara prosedur.



Beliau berkata jika rayuan itu membabitkan perkara jenayah seperti sabitan dan hukuman, ia memerlukan kehadiran perayu di mahkamah.


Beliau berkata jika (Rosmah) mahu menghadiri prosiding rayuan itu, beliau perlu mengemukakan cuti sakit menyatakan dia tidak sihat untuk hadir ke mahkamah.


“Mahkamah harus menolak penangguhan ini, kerana tidak perlu lagi kelewatan dalam kes ini,” katanya.


– Bernam

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago