Categories: Terkini

Polis nafi dua penduduk orang asli meninggal kerana sakit misteri

GUA MUSANG – Polis menafikan dua penduduk Orang Asli yang meninggal dunia di Kampung Kuala Koh di sini, pada 29 Mei lepas dan semalam berpunca sakit misteri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Taufik Maidin berkata, kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia pada 29 Mei lepas dan gadis berusia 21 tahun itu yang meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam di kampung tersebut adalah kerana jangkitan kuman di paru-paru yang menyebabkan batuk teruk.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat di Hospital Gua Musang mendapati kedua-duanya meninggal dunia kerana batuk teruk dan bukan kerana sebrang sakit misteri.

“Malah, siasatan yang dijalankan turut mendapati ramai lagi anggota masyarakat itu yang mengidap penyakit sama termasuk 31 orang yang sedang menerima rawatan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Advertisement

Taufik berkata, seramai 13 orang daripada mereka menerima rawatan di Hospital Gua Musang manakala dua yang kritikal telah dihantar ke Hospital Kuala Krai dan selebihnya menerima rawatan di Klinik Kesihatan Aring 1 dan Klinik Kesihatan Chiku 3 sebagai pesakit luar.

Beliau turut menafikan dakwaan penduduk Orang Asli di perkampungan itu yang menyatakan 13 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit tersebut memandangkan pihaknya hanya menerima laporan kematian dua orang sahaja setakat ini.

Katanya, pihaknya juga sentiasa memantau perkembangan penyakit itu dengan agensi berkaitan bagi memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan segera.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu Hashim Alang Abdul Hamid berkata, pihaknya juga belum menerima laporan penuh berhubung dakwaan 13 kematian penduduk Orang Asli dalam tempoh sebulan lepas akibat jangkitan kuman.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan dua kematian sahaja namun menegaskan perkara itu sedang disiasat termasuk mendapatkan senarai nama lengkap mereka yang telah meninggal dunia. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago