Categories: Terkini

Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa Koya letak jawatan, seru rakyat tandatangan petisyen

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru orang ramai agar menandatangani petisyen menggesa Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat gesaan tersebut meskipun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun berkata pelantikan itu adalah muktamad.

“Pakatan Harapan telah beri komitmen untuk pelantikan Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen.

Loading…

“Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi.

Advertisement

“Isu ini lebih besar daripada Latheefa tetapi tekad reformasi yang kita janjikan kepada rakyat,” kata Nik Nazmi menerusi Facebooknya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew sebelum ini turut menandatangani petisyen sama.

Petisyen menggesa Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang dijalankan di dalam laman sesawang, https://www.change.org telah ditandatangani kira-kira 6,085 individu setakat pukul 4.40 petang ini.

Sementara itu petisyen berlainan yang menyokong pelantikan Latheefa, mendapat jumlah tandatangan yang lebih banyak iaitu 12,535 setakat berita ini ditulis jam 4.40 petang.

Pelantikan Latheefa Koya itu dibuat selepas KP SPRM yang sebelum ini, Mohd Shukri Abdull telah memohon untuk perkhidmatannya dipendekkan.

Advertisement

Sebelum ini perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memilih Latheefa kerana perwatakan tegas peguam itu.

“Sebab dia sangat tegas, dia kata apa yang betul.

“Dia tak berlapik, kita perlukan perwatakan yang tegas,” katanya kepada pemberita ketika rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago