Categories: Mahkamah

Lembaga pengarah SRC akan disingkir jika gagal patuhi Najib – Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli-ahli lembaga pengarah (BOD) SRC International Sdn Bhd yang enggan mematuhi minit yang mengandungi nasihat bekas perdana menteri Najib Razak akan disingkir atau diminta meletak jawatan.

Ini didedahkan oleh bekas pengerusi Lembaga SRC Sri Ismee Ismail, 54, semasa disoal semula oleh timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-27 perbicaraan Najib berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.

Loading…

Ishak: Sebelum ini Tan Sri beritahu BOD mematuhi minit (mesyuarat) pemegang saham. Apakah akibatnya kalau BOD tak mengikut minit pemegang saham?

Ismee: Kini keadaan hanya bersifat hipotesis. Sama ada ahli-ahli BOD perlu berundur atau kami akan disingkir.

Advertisement

Najib merupakan penasihat emeritus SRC International.

Ketika disoal semula oleh pendakwa ad hoc V Sithambaran, saksi itu berkata tidak ada kenyataan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tandatangan palsu pada satu dokumen.

Sithambaram: Adakah anda sedar sama ada Najib atau seseorang telah membuat laporan polis mengenai tanda tangan palsu dalam ID 503 (resolusi)?

Ismee: Saya tidak sedar.

Semenetara itu, bila disoal balas oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata beliau tidak pernah menemui Najib untuk membincangkan masalah yang dihadapi syarikat.

Advertisement

Ismee berkata perkara itu hanya disampaikan kepada bekas pegawai khas Najib, Allahyarham Azlin Alias, bila beliau menyerahkan surat letak jawatannya.

Menjawab soalan Muhammad Shafee sama ada beliau ada memberi sebarang maklumat kepada bekas perdana menteri itu untuk tindakan selanjutnya, Ismee menjawab “Tidak.”

Muhammad Shafee: Tak ada seorangpun daripada anda tampil memberitahun Najib?

Ismee: Ya, setakat yang saya tahu.

Kepada soalan lain, Ismee berkata beliau tidak akan menerima pelantikan menjadi anggota lembaga jika beliau tahu mengenai isu ketidakjujuran membabitkan CEO syarikat ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil.

Advertisement

Muhammad Shafee: Adakah anda setuju bahawa kejujuran CEO (Nik Faisal) adalah perkara paling penting untuk lembaga berfungsi?

Ismee: Ya.

Muhammad Shafee: Lembaga tidak boleh berfungsi (tanpa kejujuran CEO)?

Ismee: Ya.

Muhammad Shafee: Anda tidak ada masalah dengan lembaga. Tetapi mempercayai Nik Faisal.. anda tidak ada masalah mempercayainya ketika itu?

Advertisement

Ismee: “Tidak.”

Muhammad Shafee: Adalah tepat untuk mengatakan bahawa hari ini anda punya pandangan berbeza tentang Nik Faisal, selepas begitu banyak pendedahan. Kami telah menunjukkan anda dokumen, bukti.

Ismee: Ya.

Tiba-tiba, nama penyanyi dan aktres Amerika J Lo atau Jennifer Lopez disebut dalam mahkamah.

Nama ini muncul bila Muhammad Shafee membetulkan bunyi sebutan Sithambaram, dan menyatakan bahawa “ianya adah Jho Low, bukan J. Lo.”

Advertisement

Terdahulu, kepada satu soalan, saksi itu berkata Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, tidak dilantik untuk mana-mana jawatan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sithambaram: Semalam, rakan arif saya Harvinderjit Singh menanyakan anda beberapa soalan, tetapi saya ingin menanyakan awak lagi untuk penjelasan. Beliau menanya anda sama ada Jerome Lee, Terrence Geh dan Nik Faisal rakan rapat Jho Low. Dan anda kata sekarang anda tahu bahawa mereka adalah demikian (rakan rapat)?

Ismee menjawab “Ya.”

Sithambaram: Apa jawatan Najib dalam 1MDB?

Ismee: Pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Advertisement

Sithambaram: Adakah Najib rakan rapat Jho Low?

Ismee: Saya tak tahu.

Ismee kelihatan tenang pada sepanjang prosiding, malah sempat bercanda dengan Sithambaram dengan bertanya “Anda tanya tentang J. Lo atau Jho Low?”

Ini mencetuskan gelak ketawa dalam kalangan pengamal media dan orang awam dalam mahkamah.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan. – Bernama

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago