Categories: Terkini

Trump sifatkan tindakan Iran tembak jatuh dron tentera AS sebagai ‘kesilapan besar’

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis menyifatkan tindakan Iran menembak jatuh sebuah dron milik AS sebagai satu “kesilapan besar”, lapor agensi berita China Xinhua.

Tentera AS berkata sebuah pesawat tanpa pemandu RQ-4A Global Hawk telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Iran semasa beroperasi di ruang udara antarabangsa pada Rabu.

Loading…

Iran bagaimanapun mendakwa bahawa dron yang ditembak jatuh di bahagian selatan negara itu telah melepasi sempadan Iran.

“Iran telah melakukan satu kesilapan yang amat teruk,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval sambil menambah bahawa dron AS telah ditembak jatuh oleh seseorang yang “sewel dan bodoh.”

Advertisement

Beliau berkata dron itu terbang di perairan antarabangsa, bukti yang telah “didokumentasikan secara saintifik.”

Trump menafikan spekulasi bahawa para pembantunya telah mendesak beliau untuk berperang, tetapi pada masa yang sama menjelaskan kepada pemberita bahawa tindakan menembak jatuh dron itu adalah satu kekusutan baru” dan AS tidak akan bertolak ansur.

Hossein Salami, ketua komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, berkata tindakan menembak jatuh dron AS itu merupakan mesej yang jelas bahawa Iran akan mempertahan kedaulatannya.

Beliau berkata Iran tidak ingin berperang dengan mana-mana negara, tetapi ia bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang serangan atau pencerobohan.

Insiden ini terus memarakkan ketegangan antara Washington dan Tehran susulan serangan ke atas dua kapal tangki minyak di Teluk Oman minggu lepas selain ancaman Iran untuk tidak mematuhi perjanjian nuklear 2015.

Advertisement

Meskipun pentadbiran Trump mahupun kerajaan Iran berulang kali mendakwa bahawa mereka tidak ingin mewujudkan konflik, penganalisis tetap bimbang bahawa insiden yang tidak diingini serta salah perhitungan antara Washington dan Tehran mungkin pada akhirnya mencetuskan satu konflik ketenteraan.

Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

9 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago