Categories: Pilihan Editor

SPRM fail permohonan ke atas 41 individu, parti politik dan pertubuhan untuk tuntut semula wang 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari in mendedahkan 41 penama termasuk individu, parti politik dan pertubuhan yang menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM memfailkan permohonan pelucutan hak sivil ke atas 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula wang yang dipindahkan daripada akaun Ambank Najib Razak di mahkamah Kuala Lumpur.

Loading…

Dalam satu sidang media pagi ini di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, SPRM sudah memfailkan permohonan dibawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 bagi tujuan untuk mendapatkan semula wang-wang yang disalahguna dari 1MDB.

“Permohonan ini untuk mendapatkan semula wang (berkaitan) 1MDB yang disalah guna,” kata Latheefa lagi.

Advertisement

Pelucutan hak itu yang difailkan di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 bertujuan mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun Najib dan kemudian kepada 41 individu serta entiti terbabit.

Latheefa berkata sebahagian besar daripada wang itu yang berjumlah RM212 juta dituntut daripada bahagian dan cawangan Umno.

Berikut senarai 41 individu dan entiti yang menerima wang itu.

1. Ibrahim Awang Ismail
2. Kasitah Gaddam
3. Ismail Abd Muttalib
4. Hasan Malek
5. Sim Sai Hoon
6. Abdul Manan Ismail
7. Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)
8. Akademi Pemuda
9. Parti Bersatu Rakyat Sabah
10. Yayasan Permata Malaysia
11. Yayasan Tun Hussein Onn
12. Umno Kelantan
13. Umno Bahagian Pekan
14. Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
15. Jawatankuasa MCA Pahang
16. Parti Bersatu Sarawak (SUPP)
17. Wanita MCA
18. Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)
19. Yayasan PBAKM
20. Binsabi Sdn Bhd
21. Rayhar Travels Sdn Bhd
22. K&Z Enterprise Sdn Bhd
23. IPG Mediabrands Sdn Bhd
24. Media Egde CIA (M) Sdn Bhd
25. Hattatex Trading
26. Jakel Trading
27. Jakel Trading Sdn Bhd
28. Perano Sdn Bhd
29. AGA Touch (M) Sdn Bhd
30. Habib Jewels Sdn Bhd
31. Naza Quest Auto Sdn Bhd
32. Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor
33. Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang
34. Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah
35. Badan Perhubungan Umno Negeri Johor
36. Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru
37. Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah
38. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
39. Bustari Yusuf
40. Yayasan Penyelidikan Transformasi
41. Yayasan Rahah

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago