Categories: Terkini

Jakel nafi terlibat pengubahan wang haram, Naza Quest pula jamin beri kerjasama

KUALA LUMPUR — Syarikat tekstil, Jakel Trading & Jakel Trading Sdn Bhd hari ini berkata pihaknya tidak pernah terlibat dalam mana-mana skim pengubahan wang haram dan tidak akan terbabit dalam apa juga kegiatan seperti itu pada masa akan datang.

Katanya syarikat komited untuk terus menjalankan perniagaannya dengan tatacara yang bertanggungjawab dan sedar tiada ada apa-apa kebaikan daripada perniagaan yang tidak sah atau tidak beretika dan memandang serius tuduhan mengaitkannya dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Loading…

“Kami menjalankan aktiviti jual beli dengan tiada prasangka dan semua pelanggan kami dilayan secara profesional dan baik. Segala transaksi jual beli terbabit adalah dengan berdasarkan invois dan semua pembayaran diterima dengan tiada syak wasangka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarikat itu mengulas kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung wang yang didakwa dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Advertisement

Ketua Pesuruhajya SPRM Latheefa Koya dilaporkan sebagai berkata suruhanjaya itu telah memfailkan permohonan pelucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti mengikut Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram, untuk mendapatkan semula RM270 juta wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun Najib dan kemudian ke individu dan entiti berkenaan, termasuk Jakel.

Menurut syarikat itu, transaksi terbabit adalah berdasarkan pesanan yang syarikat terima daripada bekas perdana menteri dan juga daripada pejabat bekas perdana menteri untuk Jakel membekalkan kain jubah bagi semua program amal dianjurkan oleh bekas perdana menteri dan pejabat bekas perdana menteri.

Mengulas lanjut, Jakel berkata semua urus niaga yang berkaitan dilakukan dengan urus niaga yang tulen dan disokong oleh bukti dokumen yang sahih.

“Sebarang isu berkaitan wang seperti yang dinyatakan dalam kenyataan SPRM adalah benar-benar tiada dalam pengetahuan kami,” katanya dan menurutnya syarikat akan memberi kerjasama kepada SPRM dalam siasatan itu.

Sementara itu, anak syarikat Naza Group, Naza Quest Sdn Bhd yang turut disenaraikan dalam pelucutan hak sivil itu oleh SPRM, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberikan bantuan yang perlu berhubung perkara itu.

Advertisement

Naza Quest ialah pengedar tunggal untuk kereta Chevrolet di bawah perjanjian dengan General Motors (GM) sehingga 14 Nov, 2018, apabila ia menghentikan operasi pengedaran kereta Chevrolet.

Permohonan pelucutan hak sivil SPRM yang difailkan terhadap Naza Quest adalah berkaitan dua transaksi iaitu pembelian dua buah kereta Chevrolet bernilai RM105,000 (pada 17 Disember 2012) dan untuk pembelian dua lagi kereta Chevrolet bagi RM164,662 (9 Dis, 2013 ). — Bernama

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

14 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago