Categories: Terkini

Tun M takkan biar negara ‘kacau-bilau’ apabila lepas jawatan PM

Dr Mahathir Mohamad hari ini bertekad tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti.

Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata memang menjadi hasratnya untuk terus bekerja keras buat negara dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

“Yang pastinya saya tidak akan berlalu meninggalkan (kepimpinan) negara ini dalam keadaan berantakan, seperti yang dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini.

Loading…

“Jadi saya sedang bekerja keras untuk negara, sedaya upaya, dan diharapkan kita akan dapat membetulkan keadaan dan menyelesaikan semua masalah yang kita warisi (dari kerajaan sebelum ini),” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam satu sesi program ‘The Future of Malaysia and Asean’ di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok semalam, yang dihoskan oleh ketua koresponden antarabangsa bagi Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin.

Menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata beliau akan berpegang teguh kepada janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Ditanya sekiranya Anwar sudah bersedia untuk memikul jawatan itu, Dr Mahathir berkata: “Ia bukan soal sama ada beliau sudah bersedia atau tidak. Saya sudah berjanji, dan saya akan berpegang teguh kepada janji saya.”

Dr Mahathir turut menyentuh soal kabinetnya, dengan berkata tidak ada sebarang rombakan jawatan setakat ini, dan beliau akan berbuat demikian hanya sekiranya ada keperluan.

Menjelaskan pendiriannya berhubung perkara itu beliau berkata: “Apabila anda merombak kabinet, ia akan mengakibatkan kebanyakan orang merasa tersinggung, dan mereka mungkin bertindak balas dengan cara yang menjejaskan hubungan baik.

Advertisement

“… saya tidak suka mengenepikan orang, dan meletakkan muka baru. 

“Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini, dan saya tidak akan buat begitu sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata kabinetnya bekerjasama dengan baik sebagai satu pasukan.

“Di kebanyakan negara selepas berlaku perubahan kerajaan, akan ada mereka yang dibuang, dan ada yang baru dimasukkan… semua itu berlaku di negara-negara lain, tapi di Malaysia kita tidak suka kerap kali sangat bertukar menteri,” katanya.

Ditanya impiannya buat generasi muda Malaysia, perdana menteri menyuarakan harapannya agar mereka akan lebih peka dengan pembangunan negara.

Advertisement

“Mereka perlu menyayangi negara, dan sanggup bersama membina Malaysia untuki menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Beliau juga berkata generasi negara perlu menghargai generasi sebelum mereka yang memiliki pengalaman yang amat luas.– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago