Categories: Terkini

Rakyat tempatan diberi keutamaan pekerjaan – TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat tempatan akan diberi keutamaan sebelum sebarang kelulusan membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini.

Beliau berkata sememangnya kerajaan mahu pelarian diberi peluang pekerjaan supaya mereka boleh menjalani kehidupan di negara ini, namun ia tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat tempatan.

Loading…

“Kita mahu mereka bekerja, namun ada cara bagaimana mereka boleh bekerja di Malaysia tanpa menjejaskan peluang pekerjaan orang Malaysia.

“Dan (begitu juga) bagaimana nak tentukan mereka betul-betul pelarian (pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian – UNHCR)…dan bukannya pelarian ekonomi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisement

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini.

Dr Wan Azizah berkata berdasarkan statistik UNHCR, seramai 124,753 pelarian dan 48,978 pemohon suaka direkodkan di negara ini sehingga Mei lepas.

Menurutnya daripada jumlah pelarian itu, sebanyak 53.6 peratus atau 93,138 orang adalah warga Rohingya.

Beliau berkata projek rintis kebenaran bekerja bagi warga Rohingya yang memegang kad UNHCR sedang dilaksanakan ketika ini dan ia sedang dikaji dan diperhalusi kerajaan sama ada akan dikekalkan atau dipinda.

“Kita ada projek rintis kebenaran bekerja dalam sektor perladangan di Sime Darby Plantation Berhad, namun ada juga masalah apabila orang Rohingya ini tak sesuai dengan pekerjaan begitu. Dalam sektor perkilangan, dalam Gardenia Bakeries tak ramai ada, lebih kurang 100 orang,” katanya.

Advertisement

Beliau turut mengakui wujud kes kad UNHCR disalahgunakan pelarian yang menjadikannya sebagai alasan ketika ditahan pihak penguat kuasa apabila didapati bekerja secara tidak sah.

“Apabila ditangkap, mereka hanya tunjuk kad dan tunjuk bahawa mereka ini kebal,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga sedang berunding dengan UNHCR untuk menawarkan khidmat anggota Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi membantu dan memperhalusi proses pendaftaran pelarian yang ketika ini dibuat secara unilateral oleh UNHCR. – Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

10 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago