Categories: Mahkamah

Riza Aziz mengaku tidak bersalah atas tuduhan ‘cuci duit’ 1MDB sebanyak AS$248 juta

Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sebentar tadi atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS$248.173 (RM1.25 bilion) lapan tahun lalu.

Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu dihadapan hakim Rozina Ayob.

Loading…

Mengikut pertuduhan pertama, dan kedua Riza Shahriz Abdul Aziz, 49, didakwa menerima hasil dari aktiviti haram dengan menerima AS$ 1,173, 104.00 dan AS$ 9 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles Amerika Syarikat milik Red Granite Production Inc, yang mana wang tersebut adalah hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB, seperti dilapor Sinar Harian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 12 April 2011 hingga 10 Oktober 2012 di City National Bank Los Angeles Main, 525 South Flowers Street, Los Angeles California, Amerika Syarikat.

Advertisement

Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima pula, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor itu didakwa menerima wang sejumlah AS$238,000,000 daripada akaun milik Aabar Investments PJS Limited di BSI SA Lugano ke akaun BSI Bank Ltd.Singapore milik syarikat Red Granite yang mana wang tersebut adalah hasil penyelewengan 1MDB.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 18 Jun 2012 hingga 14 November 2012 di Ltd. Temasik Boulevard, #32-01 Suntec Tower One Singapura.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan Riza boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin selain diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Advertisement

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili tertuduh bersetuju dengan jumlah jaminan yang ditawarkan namun memohon jumlah jaminan tersebut dibayar secara ansuran yang akan diselesaikan sepenuhnya Isnin atau Selasa ini.

Hakim Rozina tidak bersetuju bayaran jaminan tersebut dijelaskan secara ansuran namun beliau merekodkan permohonan tersebut.

Riza yang dijamin dua rakannya bagaimanapun diminta menjelaskan bayaran jaminan hari ini.

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago