Categories: Sukan

Piala FA: Ahmad Faizal ‘beri amaran’ pada Mukhriz

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ‘memberi amaran’ kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir bahawa skuad ‘The Bos Gaurus’ akan menentang pasukan sahabat baiknya, Kedah habis-habisan pada aksi Final FA 2019, hujung bulan ini.

Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata, hubungan baik beliau dengan Mukhriz merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu diterjemah dalam semangat kesukanan.

Loading…

“Walaupun bersahabat baik, saya akan pastikan Perak lawan habis-habisan dengan Kedah dengan semangat kesukanan.

“Kita akan terjemahkan persabahatan antara presiden PAFA dengan presiden KFA, (tunjukkan) bahawa sukan adalah untuk menyatupadukan, bukan memecahbelahkan,” katanya.

Advertisement

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking di pejabat menteri besar di sini, hari ini.

Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019 buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas menyingkirkan Pahang, manakala Kedah mengetepikan Felda United dan kedua-duanya akan berentap di pentas final 27 Julai ini.

Ahmad Faizal dalam pada itu meminta kesatuan gabungan di bawah PAFA dapat melibatkan anak-anak kecil dalam sebarang aktiviti menjelang perlawanan akhir tersebut bagi memupuk minat mereka.

“Biar mereka seronok untuk melihat final ini supaya mereka tahu sukan bukan semata-mata bersikap fanatik terhadap pasukan (disokong) hingga sanggup bergaduh,” katanya.

Mengenai tiket, presiden PAFA itu berkata sebanyak 30,000 tiket diperuntukkan kepada persatuan dan pihaknya sedang merangka kaedah pengedaran dan penjualan. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago