Categories: Terkini

Cadangan lantik Muhyiddin sebagai TPM langkah strategik agar PH kekal stabil

SHAH ALAM – Cadangan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan dilihat sebagai langkah strategik untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) kekal stabil.

Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, ini kerana untuk memastikan ‘status qou’ pemimpin nombor dua negara kekal Melayu-Muslim, calon terbaik adalah daripada Bersatu kerana mereka mempunyai majoriti yang lebih berbanding Amanah.

Loading…

“Jika calon Timbalan Perdana itu daripada Bersatu, tentu sekali Muhyiddin paling layak berdasarkan hieraki dalam parti, lagi pun beliau bekas Timbalan Perdana Menteri yang berpengalaman luas dalam kepimpinan negara.

“Kombinasi Anwar-Muhyiddin akan beri impak positif kepada Malaysia dan prestasi kerajaan PH itu sendiri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisement

Anwar
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa yang mencadangkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar nanti.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Yusri menegaskan pelantikan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua negara itu juga akan memastikan Bersatu kekal relevan sebagai parti Melayu, khususnya untuk menyaingi UMNO.

“Husam seorang strategis yang agak pintar, untuk survival PH tentu sekali dia mengharapkan Bersatu kekal relevan,” katanya.

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago