Categories: Terkini

SPRM sahkan sedang buru ‘jerung besar’ di Sarawak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat individu-individu berprofil tinggi di Sarawak, kata ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Menurut laporan Borneo Post semalam, Latheefa bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat kerana ia berisiko menjejaskan siasatan.

Loading…

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika berkunjung ke Insitut Pendidikan Guru di Kuching.

Minggu lalu, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor berkata badan itu kini sedang menyiasat beberapa individu berprofil tinggi di negeri itu.Iklan

Advertisement

“Siasatan terhadap dakwaan amalan rasuah oleh ‘ikan jerung’ di negeri ini dikendali ibu pejabat SPRM dan saya tiada akses berkenaannya,” katanya seperti dipetik Borneo Post 3 Julai lalu.

Pada 2015, SPRM melancarkan “Ops Gergaji, dan membekukan sejumlah akaun milik syarikat pembalakan.

Antara yang disiasat ialah bekas menteri muda Daud Abdul Rahman. Beliau meninggal dunia dua tahun kemudian.

Sejak itu, tiada pihak yang didakwa. – Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago