Categories: Terkini

Najib kata semua tuduhan itu Fitnah? Jawablah di Mahkamah, bukan jawab di jalanan – Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar UMNO untuk memecat beliau jika tidak senang dengan tindakannya mengkritik pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Nazri berkata beliau sedia dipecat daripada parti kerana mempertahankan pendiriannya itu namun memberi peringatan kepada UMNO, sekiranya dia dipecat ia akan mengulangi peristiwa hitam dalam parti berikutan pemecatan pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi punca kekalahan parti tersebut pada PRU14.

Loading…

“Saya tak gentar. Kalau nak buang saya, buanglah. Saya tak pernah serang Presiden pun. Kalau berani buanglah saya, saya cabar. Namun tinggalkan UMNO, no way.” tegas Nazri yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Kalau nak hukum saya dan KJ (Khairy Jamaluddin) kerana kami sayangkan parti, hukumlah. Nak tengok jadi macam dulu apabila buang Shafie, buang Muhyiddin. Kita ingat mereka tiada pengaruh,” katanya lagi pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Kem PLKN Kota Lama, Sauk.

Advertisement

Nazri juga menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadapnya beliau akan terus mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan pelantikan Najib dan meminta Najib supaya tidak menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahankan dirinya daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.

“Dia kata semua tuduhan itu fitnah, maka dia kena jawablah di mahkamah bukannya menjawab di jalanan,” katanya lagi.

Sementara itu, Najib dalam reaksinya berikutan kenyataan Nazri itu berkata, beliau tidak menjadikan pelantikan tersebut sebagai loncatan untuk kembali menjadi perdana menteri malah beliau menerima pelantikan itu atas keinginan untuk membantu membina semula UMNO dan menguatkan Barisan Nasional.

Sehubungan itu, ujar beliau, keutamaan setiap ahli parti ketika ini sepatutnya adalah bagaimana untuk bersama-sama mengukuhkan BN dan parti komponennya.

“Sesiapa sahaja yang boleh memberi sumbangan dan nilai tambah kepada BN adalah dialu-alukan kerana inilah semangat yang harus kita ada.

Advertisement

“Daripada kita mengkritik antara satu sama lain, lebih baik kita cari jalan bagaimana untuk kita dapat bekerjasama ke arah mengukuhkan parti,” kata Najib.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bertemu penduduk Santai Petang Bersama Bossku di Dataran Sembilang, Batu Kawan, Pulau Pinang. – Malaysian Update

Baca: ‘Mahu jadi PM lagi ke? Bagi peluang kepada anak muda, pimpinan baru, cukuplah’ – Nazri dakwa Najib minta jadi pengerusi BN, bukan penasihat

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

5 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

5 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago