Categories: Terkini

‘Kalau dia kata duit GST tak hilang, kita mahu tengok duit itu’ – Dr Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata wang RM19.4 bilion hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya disahkan tidak hilang, jika ia berjaya ditemui semula.

Ditanya pemberita mengenai rumusan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Noraini Ahmad hari ini bahawa wang kutipan GST itu tidak hilang, Dr Mahathir berkata: “Kalau dia kata tidak hilang kita hendak tengoklah duit itu ada di mana.

Loading…

“Kalau kita dapat jumpa balik, duit itu tidak hilanglah. Kalau kita tidak jumpa balik dia (duit itu) hilanglah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Noraini dilaporkan berkata dana itu tidak hilang tetapi dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dan digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Advertisement

Laporan juga menyebut PAC mengesan berlaku perlanggaran prosedur pemindahan wang berjumlah RM19.4 bilion itu apabila ia tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST seperti ditetapkan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata tiada keperluan untuk menambah aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam masa terdekat bagi mengekang pencerobohan nelayan asing.

Buat masa ini, katanya operasi bersepadu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Jabatan Perikanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat berkesan bagi membanteras kegiatan nelayan asing dalam perairan negara.

“Keperluan menambah aset, bot, kapal besar memang ada, (cuma) saya tak fikir dalam masa terdekat. Sebab itu kita mobilise aset daripada lain-lain agensi dan kementerian supaya operasi ini berkesan,” katanya yang juga Presiden Bersatu.

Muhyiddin baru-baru ini dilaporkan berkata menerusi Ops Naga yang dilancarkan awal bulan lepas bagi membanteras kegiatan nelayan asing, pihak berkuasa telah menahan sebanyak 52 buah vesel daripada pemeriksaan ke atas 983 buah vesel.

Advertisement

Operasi itu dilaksanakan bersama oleh APMM, TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perikanan. – Bernama

Baca: Kutipan GST RM19.4 bilion tidak hilang: PAC

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

14 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago