Categories: Mahkamah

Menang saman fitnah, bekas ceo IKSIM diarah bayar ganti rugi RM80 ribu pada Khalid Samad


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Profesor Datuk Mahamad Naser Disa membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, yang memenangi saman fitnah difailkannya terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) itu.

Saman berkenaan berhubung isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Loading…

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Khalid terhadap Mahamad Naser selaku defendan tunggal dalam saman tersebut.

Rohani dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan Khalid mengeluarkan kenyataan yang menentang RUU 355.

Advertisement

“Kenyataan defendan (Mahamad Naser) yang menggambarkan plaintif (Khalid) menentang RUU 355 adalah tidak benar dan menjatuhkan reputasi plaintif.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan tuntutan saman plaintif dan memerintahkan defendan membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM80,000 dan kos RM20,000 kepada plaintif, ” katanya.

Rohani turut memerintahkan Mahamad Naser mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu yang diterbitkan dalam akhbar tempatan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini serta injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada dua saksi iaitu plaintif dan defendan sendiri.

Pada 30 Mei 2018, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Mahamad Naser untuk membatalkan saman Khalid selepas mendapati ada isu yang perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut.

Advertisement

Mahamad Naser memohon untuk membatalkan saman berkenaan pada 30 Jan 2018 atas alasan saman itu menyalah guna proses mahkamah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan kerana dijadikan platform bagi meraih ‘political mileage’ (janji atau gimik politik) berhubung isu RUU 355.

Pada Disember 2017, Khalid menyaman Mahamad Naser selepas mendakwa defendan telah menyentuh isu RUU 355 dalam satu seminar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira 9.50 pagi, 28 September 2017 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Khalid mendakwa Mahamad Naser di dalam ceramah bertajuk `Wacana isu semasa dan perundangan peringkat negeri Selangor: Doktrin: Cabaran dan Perlembagaan’, telah membuat pernyataan antaranya menggambarkan plaintif menentang sekeras-kerasnya RUU 355, menentang pelaksanaan hukum syarak termasuk hudud dan menentang usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Plaintif mendakwa pernyataan itu dibuat dengan berniat jahat sehingga menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam tercemar.

Khalid menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan selain menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf.

Advertisement

Sementara itu, peguam Datuk Hasnal Rezua Merican, yang mewakili Mahamad Naser ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini secepat mungkin.

Khalid diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil dan Mohd Faizal Abdullah. – Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago