Categories: Terkini

Anwar kata tak tahu ura-ura Azmin nak keluar PKR

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai ura-ura kononnya timbalannya, Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan, seperti dilaporkan media semalam.

Enggan mengulas lanjut hal itu, beliau turut meminta semua pihak agar berhenti melaga-lagakan mereka berdua.

Loading…

“Saya tak dengar pun…media (yang) bagitahu… kita teruskanlah dengan agenda ekonomi…,” katanya ringkas selepas menghadiri Simposium Ekonomi Malaysia, bertemakan “Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan” di parlimen hari ini.

Semalam, sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga menteri hal ehwal ekonomi, didakwa akan menyertai Parti Gerakan berikutan ketegangan antara beliau dan Anwar sebelum ini.

Advertisement

Mohamed Azmin bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan sehingga kini.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas, Gerakan mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional dan sehingga kini belum menyertai mana-mana gabungan.

Sementara itu, Gerakan mengalu-alukan kemasukan mana-mana ahli atau pemimpin Pakatan Harapan jika bersetuju dan boleh menerima ideologi parti tersebut, kata presidennya Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Lau berkata parti tersebut tidak mempunyai masalah dan terbuka untuk menerima kehadiran ahli -ahli baharu yang mementingkan dan memperjuangkan hak rakyat dalam membantu memajukan negara.

“Kami sentiasa terbuka, mengalu-alukan sesiapa sahaja, asalnya mereka bersetuju dengan ideologi kami. Gerakan adalah parti politik berbilang kaum. Semua anak Malaysia ada hak sebagai rakyat,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh media sosial dari Sungai Petani.

Advertisement

Di Ipoh, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata sebarang usaha untuk menyingkirkan Mohamed Azmin bukan sesuatu yang mudah kerana jawatan yang disandang oleh Mohamed Azmin adalah hasil pemilihan anggota parti sendiri.

“Dia (Mohamed Azmin) adalah timbalan presiden yang dipilih oleh anggota parti, bila dipilih tak boleh singkir begitu sahaja, tidak semudah itu kalau sekiranya ada komplot (singkirkan beliau),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh, hari ini.

Mengenai khabar angin terdapat pihak mahu menyingirkan Mohamed Azmin daripada parti selain desas-desus mengatakan timbalan presiden PKR itu akan menyertai Parti Gerakan, Zuraida hanya berkata: “Khabar angin hanyalah khabar angin, hinggalah ia betul-betul berlaku.” – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago