Categories: Terkini

Zahid AF sah bercerai

Penyanyi, Zahid baharudin, mengesahkan khabar angin mengenai penceraian dengan isterinya Sarah Julifa Yusof.

Penceraian terbabit terjadi pada 18 Julai yang lalu.

Zahid mula dikenali selepas menjadi juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2).

Menurutnya, keputusan berat itu diambil setelah setahun mempertimbangkannya dengan bekas isteri.

Advertisement

Loading…

“Saya tidak mahu memperbesarkan isu penceraian ini kerana ia terlalu peribadi buat kami berdua”

“Kami berpisah secara baik setelah setahun berbincang dan mempertimbangkan keputusan yang terbaik untuk masalah yang dihadapi dan memutuskan untuk bercerai pada 18 Julai lalu.”

Menurut penyanyi itu lagi, perpisahan yang terjadi antara mereka tidak melibatkan pihak ketiga. Namun ia terjadi disebabkan tiada persefahaman diantara mereka.

“Kami berpisah secara baik dan tidak wujud masalah atau isu orang ketiga dalam hal ini.” Jelas Zahid lagi.

Zahid bagaimanpun serba salah kerana penceraian antara mereka terjadi beberapa hari sebelum hari lahir bekas isterinya iaitu pada 21 Julai.

Advertisement

Namun dia tetap memberikan ucapan sempena hari lahir bekas isterinya di laman sosial instagram miliknya.

“Saya tetap memberikan ucapan yang baik-baik pada sarah kerana dia seorang mama yang baik buat Zareef.” Katanya.

Zahid dan sarah berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun. – Malaysian Update

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago